- Kali ini saya mahu anda membaca dengan betul. Baca dan fikirkan. Mungkin saya salah atau mungkin juga pemerhatian saya kurang tepat.
- Ketika di Queenstown saya berjumpa beberapa kumpulan guru dan pelajar sekolah rendah berjalan secara berkumpulan dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin sedang melakukan aktiviti ko kurikulum.
- Pertama saya lihat semua pelajarnya tidak memakai cermin mata. Malah gurunya juga tidak memakai cermin mata. Malah hampir keseluruhan rakyat NZ tidak memakai cermin mata. Faktornya adalah kerana mereka dikelilingi oleh kehijauan dan keindahan alam semula jadi. Tiada banggunan tinggi menyebabkan pemandangan dan kehijauan tersebut tidak terlindung.
- Keduanya, semua pelajar bebas perkaian. Disebabkan ketika itu musim panas, semua pelajar memilih untuk memakai pakaian baju T dan seluar pendek. Kasut pula adalah kasut sukan. warna bukan keutamaan. Begitu juga dengan stokin. Bebas memakai stokin sebarang warna. Fokus sekolah adalah kepada keselamatan kaki dan bukannya kepada menjadikan pemakaian itu sebagai satu peraturan.
- Ketiganya adalah aktiiviti yang dijalankan. Saya melihat setiak kumpulan pelajar diberikan sehelai kertas yang mengandungi list barang-barang keperluan. Pelajar tersebut akan mencari premis mana yang menjual barang tersebut. Kemudian bandingkan harga. Ertinya, dari sekolah rendah sudah diasuh untuk membandingkan harga.
- Keempatnya setiap pelajar diarahkan membaca kandungan setiap barang yang ada dalam list. Pelajar juga diminta membandingkan kandungan di antara satu jenama dengan jenama yang lain. Kualiti, keselamatan dan asas jual beli diserapkan pada seawal usia sekolah rendah.
- Kelimanya adalah teamwork. Semua pasukan akan bergerak bersama dari satu premis ke satu premis. Berbincang mengenai satu dapatan. Nampak agak ribut, namun sangat ilmiah. Saya sangat tertarik.
- Keenamnya adalah kepelbagaian etnik. Hanya sedikit je pelajar mat saleh. yang ramainya adalah anak-anak asia. Dominasi oleh etnik Cina. Semuanya nampak sama. Bercakap satu bahasa dan bergerak dengan rentak yang sama.
- Ketujuhnya adalah mengenai tempok aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan sepanjang pagi. Iaitu sama panjang dengan masa persekolahan di Malaysia. Ertinya pada hari tersebut tiada aktiviti bilik darjah berjalan. Kehidupan diajar secara hands-on dan bukannya daripada buku teks.
- Yang terakhir adalah pembentangan dapatan. Semua pelajar ini membentangkan dapatan mereka di luar sekolah. Yang saya lihat hanya di bawah satu pokok yang rendang. Bentang dan gelak-gelak. Mesti menarik....
Bersambung...
No comments:
Post a Comment