Search This Blog

Friday, March 28, 2008

LONJAKAN KERJAYA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Tahniah kepada 22 orang Penolong Penguasa Imigresen KP38 yang telah menyertai Kursus TK4 untuk tujuan kenaikkan pangkat ke gred KP42. Sebagai sebuah agensi yang telah mencapai kecermerlangan ke tahap dunia, penghargaan ini adalah satu usaha rintis ke arah memartabatkan kerjaya Imigresen di Malaysia. Mencipta kejayaan sesungguhnya akan hilang makna tanpa pengiktirafan sebegini. Lantas, 22 orang pegawai yang penuh kredibel ini, telah mencipta satu sejarah yang amat besar dan tersirat makna yang amat mendalam bagi keseluruhan kakitangan sokongan I di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Abang Othman, Abdul Hamid, Abdul Razak, Abu Bakar, Ahmad Naser, Hamdan, Ismail, Karimah, Khalil, Amir, Fauzi, Jasmi, Sabri, Musa, Rahim, Ramli, Ramly, Saleh, Saleha, Sarbini, Supiani dan Zainal Abidin yang telah penuh komitmen berjaya menamatkan kursus ini dengan rentak yang sama. Sebagai seorang sahabat, saya mengiringi doa semoga kerjaya tuan-tuan akan sentiasa berombak gemilang.

Tahniah juga kepada AIMM yang telah berjaya mengendalikan kursus dengan penuh bergaya, Tahniah Nawal, walaupun tanpa Pengarah, produktiviti AIMM terus cemerlang. Begitu juga kepada urusetia PIT Abu dan Othman yang sentiasa berganding bahu dengan TPPI Zaidi demi menjamin kursus ini benar-benar memberi impak kepada peserta.

Percayalah dalam kehidupan ini, dimana bermula itu tidak penting, tetapi dimana kita akan menoktahkan perkhidmatan kita, akan menjadi lagu merdu yang sentiasa menghiasi saki-baki kehidupan kita. Sesungguhnya pangkat itu bukan darjat, tetapi ilmu yang menjadi hakikat..salah gabungan jadi makrifat, salah amalan jadi khurafat.

Selamat Maju Jaya kepada 22 bakal KP42 dan Seluruh Warga JIM.

No comments: