Search This Blog

Friday, March 4, 2011

ARTIS DAN PRK

1. Ahad ini akan berlangsung dua PRK, di Kerdau dan Merlimau. Saya memang yakin, kemenangan akan berpihak kepada BN memandangkan PAS ketandusan isu untuk memukul calon BN yang dipilih.

2. PAS disaat-saat akhir mendapat suntikan mengejut dengan kemasukkan Bob Lokman sebagai penceramah maut mereka, namun kadangkala suntikan akhir ini membawa maut kepada PAS itu sendiri.

3. Kalau kita perhatikan, mengapa artis lebih gemar memilih PAS berbanding UMNO? Jawapannya mudah, artis yang menemui jalan merudum mereka akan beralih kepada PAS. Dalam PAS mereka boleh menjadi penceramah bebas. Berkempen bagai nak rak! Mungkin ada imbuhan yang mereka dapat. Maklumlah selalunya ceramah PAS ada edaran tabung kutipan derma. Jadi, si artis yang dah tak laku ini, bolehlah meneruskan survival hidup mereka. Maklumlah, buat lawak pun dah tak berapa nak menjadi, nak berlakon pun asyik dapat watak orang obesiti sahaja. Bayaran pastilah ciput. Nak tak nak, masuk PAS sekali ceramah dapat juga dua tiga ratus.

4. Kalau masuk BN khususnya UMNO, orang baru harus jadi orang baru. Kena bercakap mengenai pembangunan dan ekonomi. Bercakap tentang kewangan global dan situasi dunia. Mana ada artis yang sanggup. Bukan saya nak kutuk artis sebegini, kalau kita lihat artis yang terpelajar seperti Fahrin, Lisa Surihani, Farid Kamil, dan lain-lain yang ada kelulusan tinggi, golongan ini tak akan sembrono menyertai sesebuah parti politik tanpa tujuan. Sebab itulah artis yang tak berapa bijak ini menyertai PAS.....kempen sekadar kutuk-kutuk orang. Orang gila pun boleh.

5. Kalau kita perhatikan betul-betul, ada tak artis yang menyertai PAS ini dipilih sebagai calon. Tak ada kan. Hanya orang gila sahaja yang akan memilih artis pencen ini menjadi calon mereka. Sebabnya mudah.....mentality matters.

6. Kita hormati artis sebagai manusia. Kita juga hormati artis kerana menghiburkan kita. Adakalanya kita menghormati artis kerana pendiriannya. Namun, saya rasa tak akan ada orang yang menghormati artis kerana kebodohannya.

7. Akhir sekali saya ingin bertanya, jika anda tanya artis yang menyertai politik bagaimanakan untuk memajukan ekonomi negara, agak-agak apakah jawapan yang akan anda dengar? Jawapannya begini....hapuskan cetak rompak...hapuskan cukai hiburan....

Fikirkanlah....fikirkanlah...fikirkanlah...dan fikirkanlah

No comments: