Search This Blog

Tuesday, April 12, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI


  1. Pagi tadi ketika bersarapan di sebuah warung di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban ada beberapa orang Pak Cik bercerita tentang Pilihanraya Kecil Sarawak. Semua mengharapkan agar BN akan tumbang di Sarawak. Memang jelas, pak cik-pak cik tersebut membeci BN. Jadi, BN perlu bijak memilih calon untuk bertanding di DUN Sikamat. Jangan sampai kalah lagi. Ambil sahaja pakcik tu jadi calon....tengok dia nak tak?????

  2. Alasan pertama adalah Ketua Menteri Sarawak sudah terlalu lama. Mereka mendakwa KM tak sedar diri kerana berkahwin dengan wanita muda. Hairan, pengikut parti Islam menghina orang yang mendirikan Masjid secara sah, tetapi membela orang yang didakwa melanggan pelacur melalui video klip dan orang yang didakwa mengamalkan sex sejenis. Saya nak tanya pakcik-pakcik tersebut....Islam yang macam mana pakcik amalkan niiii? Islam parti ke Islam sejati????

  3. Alasan kedua adalah Sarawak memerlukan pembangkang untuk pembangunan negeri. Saya nak tanya, sejak bila pembangkang berperanan dalam pembangunan negara? Apakah sumbangan YB Sikamat dan YB Seremban dalam pembangunan Sikamat? Saya nak tanya, pakcik-pakcik ni sekolah takat mana? Atau mungkin dah lama sangat tinggal sekolah.....

  4. Alasan ketiga adalah BN tidak mengikut lunas undang-undang dan bersikap tidak adil. Contoh yang diberikan adalah kelewatan kes yang melibatkan Khir Toyo Vs kes rasuah yang melibatkan pembangkang. Saya nak tanya, gerai yang pakcik dirikan tu mengikut lunas undang-undang ke? Ada tak lesen majlis? Kalau esok PR menang dan gerai tu kena roboh kerana PR mengikut lunas undang-undang dan adil adakah pakcik nak salahkan BN? Pakcik-pakcik kena ingat seluruh gerai-gerai tepi jalan sepanjang Desa Rhu, Taman Jujur, dan Desa Kiara tak mengikut lunas undang-undang. Semua gerai tersebut milik ahli pembangkang. Saya tahu tu. Semua orang pun tahu. Saya yakin, jika PR menang, semua gerai tu akan dirobohkan. Pak Cik nak ke???

  5. Alasan keempat adalah BN mengamalkan politik kotor dengan memfitnah Anwar. Saya tanya balik ketika Rais dituduh merogol orang gaji kenapa itu tak dianggap fitnah sedangkan tuduhan itu hanya berupa penulisan di blog tanpa video pun? Kenapa pakcik percaya kes Najib dengan Altantuya sedangkan tak pernah ada video pun? Jadi saya nak tanya pakcik, pakcik tahu tak beza antara fitnah dan mencari kebenaran? Fitnah tanpa asas, mencari kebenaran bermula dengan asas yang kukuh, contohnya klip video. Ataupun pakcik pun ada video XXXX kot!!!!Makcik jangan percaya sangat pakcik tuuuu...misai melenting tu.

  6. Alasan kelima adalah BN mengganggu negeri yang dimenangi PR seperti Perak, Selangor, dan Pulau Pinang. Yang PR dok ganggu NS, Melaka, Johor, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Pahang tu apa cerita...pakcik ooooi...di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan BN pembangkang. Tu la kerja pembangkang, ganggu kerajaan. Apa ni pakcik-pakcik ooiiii....banyak sangat dengar ceramah pembangkang, baca akhbar pembangkang....kepala pun dah tak betul. Pembangkang mana ada ada kerja, cari salah orang jer..bila takde salah, tu yang pembangkang buat cerita macam-macam tu.

  7. Alasan keenam adalah BN menghentam pemimpin pembangkang. Pakcik tak sedarkah dalam harakah dan suara keadilan yang pakcik baca dan junjung atas kepala macam kita suci tu bunyinya hanya kutuk-kutuk pembangkang kepada kerajaan. Malah pembangkang bukan sahaja kutuk pemimpin, pegawai kerajaan pun dituduh macam-macam. Saya nak tanya, kalau pakcik baca harakah dalam sembahyang sah tak? Pada pakcik mungkin sah...saya tak kisah...

  8. Sebelum saya balik, saya cakap perbualan pakcik ini akan masuk dalam blog....manalah tau kot-kot ada pihak-pihak berwajib pun nak baca idea bernas pakcik menentang kerajaan ni....bukan main takut pakcik tu....taupun!!!!

  9. Salam hormat....moga apa yang pakcik impikan akan menjadi kenyataan.

No comments: