- Selamat hari pekerja. Cuti panjang 3 hari memberi kesempatan kepada semua pekerja di Malaysia rehat yang panjang. Ada yang pulang ke kampung dan ada yang bercuti bersama keluarga. Aku pula, memilih untuk pulang ke kampung.
- Kampung aku sebenarnya damai. Kampung nelayan. Selain yang kerja sebagai nelayan, petani, dan pembalak bakau, adalah dua tiga orang yang punya perniagaan sendiri. Orang muda kurang, macam biasa, ke bandar....cari kehidupan dan pengalaman baru.
- Aku macam biasa, sarapan di restoran yang paling popular di kampung aku. Dah dua-tiga kali dah masuk surat khabar tu. Kalau dari Taiping ke Lumut, pasti jumpa restoran tu, sebelum pekan Pantai Remis.
- Orang kampung biasa, dah pandai politik sekarang. Bezanya kat kampung aku ni ramai penyokong UMNO. Sebabtu kot, produk kampung ni dah dekat 10 orang dah ada Ph.D. Berkat tu. Penagih dadah pun dah makin kurang, ramai dah mati kot...
- Penyokong UMNO tidak bermaksud orang kampung aku ni tak pertikai sebarang dasar kerajaan. Mereka turut mempersoalkan harga barang yang semakin naik, minyak yang semakin mahal, insuran kereta lama yang membebankan, yuran sekolah yang semakin mahal, dan macam-macam lagi. Peliknya kebanyakkan soalan mereka ini tak mampu aku jawab. Malah kalau aku mampu pun, aku malas nak jawab. Sebabnya.....aku pun setuju dengan pendapat mereka.
- Pertama, minyak naik sedangkan ringgit makin mengukuh. Harga minyak mentah hari ini adalah USD114 se tong.( Aku tanya mana pakcik dapat harga minyak mentak ni. Pakcik tu jawab...dalam blok hang la....)Kalau dalam ringgit lebih kurang RM331 sahaja. Ertinya untuk satu liter minyak mentah berharga 33 sen sahaja. Kos proses katalah 60 sen, baru 99 sen seliter. Mengapa jual RM1.90 bagi RON95? Terer pakcik-pakcik kat kampung aku ni, aku pun tak tau nak kira macam tu. Patutla pakcik tu anak dia semua masuk universiti. Tolong la jawab pak menteri!!!!!
- Kedua, yang naikkan dan susahkan insuran kereta lama apahal? Kereta lama hanya untuk perlindungan pihak ketiga. Lagipun, kereta lama ni bukan laju. Kadang-kadang tak payah brek pun berhenti sendiri. Dahlah camtu, susah pulak nak ambil. Adalah dua-tiga syarikat yang sanggup. Satu pakcik tu kata dah 20 tahun dia pakai kereta Toyota GL tu. Tak pernah claim sekali harampun. Risiko pada kereta ke, risiko disebabkan pemamdu...???? Dasar ni aku pun bengang, sebab aku pun pakai kereta lama....tahun 1966 lagi. Tolong lah jawab Pak Menteri????
- Ketiga, harga barang yang semakin naik. Kata ringgit mengukuh, inflasi terkawal, ekonomi positif, pelabur meningkat, dan macam-macam lagi. Kalau ringgit mengukuh, nilai eksport bersih mesti meningkat. Pendapatan rakyat secara currency different mesti naik. Ni tidak, ringgit semakin kurang nilai dalam pasaran dalaman....Pehhhhh terkejut aku ada pakcik kampung aku yang berhujjah camtu....Aku rasa Pak Menteri pun pitam nak jawab tu....
- Keempat yuran sekolah....kata pendidikan percuma. Percuma maksudnya tiada sebarang bayaran walaupun satu sen. Kalau ada bayaran haram dipanggil percuma, tapi kata saja ada diskaun 30% ke, 40% ke, atau 50% ke? Satu anak RM55 kalau sepuluh anak tak setengah ribu. Tu tak masuk benda-benda lain, datang lewat denda 50sen, tak pakai tali leher denda 50sen, tak siap kerja sekolah denda 50 sen, macam polis asal denda...bayar...denda bayar....Tu aku pun tak tau....aku jenis memang tak pernah bayar pun yuran sekolah anak aku. Bila cikgu sibuk tanya nak bagi anak aku malu...aku suruh anak aku hasut kawan-kawan dia...alah kalau tak bayar pun sekolah bukan boleh buat apa. Tahun berikutnya satu kelas tak bayar yuran....sekolah tak boleh buat apa pun...
- Itu lah kampung aku...orang tuanya semakin pandai...kalau dulu nak eja konspirasi pun tak reti...sekarang dah pandai masukkan perkataan hebat dalam ayat seperti transparent, translusi, efektif, efesien, positive development, dan macam-macam lagi. Aku kagum, aku sayang semua pakcik-pakcik kat kampung aku ni. Sebabnya semua pakcik-pakcik ni pernah beri nasihat kat aku. Semoga ALLAH MEMBERI SYURGA KEPADA SEMUA PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG AKU ini. AMIN
Search This Blog
Monday, May 2, 2011
KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment