Search This Blog

Sunday, May 15, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI V


  1. Assalamualaikum. Sekali lagi saya menulis sambungan siri Kempen Politik Kedai Kopi Bahagian kelima. Namun kali ini berbeza sekali. Idea yang dijana bukan di kedai kopi. Tapi di surau selepas solat Isyak dua hari lalu. Setelah habis idea dijana, seperti biasa, kami akan minum di kedai kopi. Saya dapati siri ini telah melonjakkan pembaca pembaca blog ini kepada dua kali ganda atau bersamaan 200 peratus.

  2. Selalunya selepas solat Isyak, saya akan terus pulang. Namun pada hari tersebut, ada beberapa orang rakan yang mengajak saya berdiskusi. Seorang pemegang Ph.D, seorang pelajar Master, seorang jurutera mekanikal, dan seorang yang telah dua tiga kali pergi ke Mekah. Saya sendiri belajar hingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Pastinya diskusi ini akan lebih hebat dari Forum Perdana RTM.

  3. Topik pertama pastilah video sex mirip ketua pembangkang. Seperti biasa, hanya saya yang menyokong kerajaan. Pada saya pastilah pendedahan tersebut sesuatu yang sepatutnya berlaku. Ada banyak pro dan kontra yang diberi. Namun saya paling tertarik kepada hujjah pemagang PhD yang mengatakan seperti ini. " Kita sepatutnya berkecuali dalam hal ini, kerana jika video itu palsu, kita menuduh orang berzina, dan jika video itu benar, kita bersekongkol dengan penzina.". Persoalannya jika video dan pelakunya benar-benar tulen, salahkan kita mengajak orang keluar dari politik busuk seorang pemimpin yang kuat kadar kepura-puraannya. Saya percaya 100% kesahihan dan kesahihan pelaku video tersebut, justeru saya tetap mengatakan beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai apa sekalipun.

  4. Ada yang memberi pandangan mengikut kaedah sufi. Katanya, "Segalanya pada pelaku video tersebut telah tertulis di Arasi. Lantaran itu, kenapa kita perlu berantakan. Allah adalah sebaik-baik perancang. Tunggu sahaja, jika baik perilaku, baiklah balasan Allah, jika sebaliknya, azab Allah maha pedih." Saya terpaku dengan hujah ini. Hujan ini menjadi garisan di antara setuju dan tidak. Akhirnya saya setuju, Allah memilih seorang pemimpin mana yang Allah suka. Pastilah pemimpin itu bersih dan suci. Terhindar dari segala dosa dan maksiat. Semuanya kerana Allah Maha Bijaksana.

  5. Kemudian kami teruskan perbincangan mengenai isu Perkahwinan PAS + UMNO. Pelajar master berkata begini, "Kenyataan Soi Lek supaya menggugurkan nama Islam pada PAS adalah sangat tidak boleh diterima dan berbaur kurang ajar!" Saya setuju dengan kenyataan beliau. Kalau kita lihat MCA adalah parti yang kehilangan penyokong secara mendadak. Maka MCA sekarang dilihat mahu menyerlah sifat KeCinaannya untuk berada sama tinggi dengan DAP. Maka, kata-kata begini lebih bersifat populis daripada nasionalis. MCA perlu ingat MCA tidak pernah bertanding dalam pilihanraya, yang pertanding adalah BN. Sebaliknya DAP bertanding bukan PR yang bertanding. Maka dalam BN, BN itu yang penting, sebaliknya dalam PR, DAP itu yang menjadi BOSS. Maka kalau MCA ingin menjadi BOSS dalam BN, maka MCA akan gagal sepenuhnya, kerana dalam BN tidak ada BOSS. Yang ada hanyalah rakan-rakan yang sama-sama berjuang.

  6. Saya rasa MCA perlu ubah pendekatan. Daripada menarik kaum Cina ( pull strategy) kepada memaksa kaum Cina (push strategy). Maksud saya MCA patut mengatakan begini, "Dalam pilihanraya akan datang, jika kurang daripada 2/3 kerusi MCA bertanding gagal dimenangi, maka semua wakil MCA akan menolak jawatan dalam Kabinet dan Negeri. Maka kaum Cina akan hilang wakil dalam proses pembangunan negara. Biar DAP yang uruskan kepentingan kaum Cina, dan biar orang Cina rasai nikmat eksperimen yang dilakukan!!!!!"

  7. Sebenarnya MCA telah berada dalam BN sejak sebelum merdeka lagi. Sumbangan dan komitmen MCA memang dahsyat. Peliknya, kenapa masyarakat Cina menolak parti yang hebat ini. Tanpa MCA pasti tiada SJKC, SMJKC, dan Dewan Perniagaan Cina. MCA datang ketika masa susah, MCA juga datang ketika masa senang masyarakat Cina di Malaysia. Apakah salah Mahathir kata "Melayu Mudah Lupa", Tun juga patut berkata, "Cina Lagi Mudah Lupa Jasa dan Segala-galanya."

  8. Jika ada rakan Cina yang membaca blog ini, saya ingin bertanya, "Apa sebenarnya yang orang Cina mahukan lagi? Kaya sudah, bersuara bebas, rumah besar, wang banyak, ....wa pening woooo...apa lagi lu olang mahu...." Cer jawab...cer jawab.

  9. Sampai sini dulu, kita jumpa lagi minggu depan. Salam 1Malaysia. Jika pilihanraya bulan November, jangan lupa mengundi. Jika mengundi, jangan ikut kata hati (nanti mati), jangan ikut cakap orang (nanti tak karuan), jangan hentam sahaja (nanti gila), dan jangan undi pembangkang (nanti terkangkang). Pehhhhhh......jumpa lagi.

No comments: