- Hai....hai...hai. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Jom kita sambung cerita. Cerita politik kedai kopi la, cerita apa lagi. Selasa cuti Vesak, saya main golf. Hari ni mula kerja, namun saya tidak bekerja. Dijangkakan saya akan mula melapor diri pada 23 Mei 2011. Penempatan....saya hanya berserah. Di mana bumi dipijak, di situlah langit saya junjung.
- Hari ini saya bersarapan di Kedai Kopi Taman Desa Kiara Seremban. Tapi saya ditemani oleh anak lelaki saya. Sementara nak tunggu pesanan saya baca Suara Keadilan. Ada macam-macam cerita. Namun berita tumpuan adalah Anwar hentam Hakim yang minta Anwar dibicarakan. Tu kalau nak ikut undang-undang boleh didakwa menghina mahkamah tu. Abang Mat Maslan, tolong buat laporan polis.
- Kat dalam ada gambar Azizah tadah tangan siap pakai telekung. Tengok gambar tu pun gerenti ramai yang simpati. Yelah, bukan semua orang ada peluang kena ambil gambar masa sembahyang dan berdoa. Dah lah tu, pose buat muka sedih habis. Tetapi aku macam biasa, jangan harap la aku nak simpati. Menyampah adalah. Pada aku Azizah tu hanya senjata Anwar nak tadah simpati orang ramai.
- Geng-geng keadilan kritik tentang harga minyak. Gerenti naik kata mereka. Lima enam orang lagi tambah, kalau minyak naik, haramlah aku nak undi BN. Harga minyak ni aku pun bengang. Malaysia ada minyak, jauh lebih mahal dari minyak negara lain. Bila minyak naik, ertinya negara kita untung besar. Untung besar tu kan dapat menampung kenaikkan harga minyak yang kita import. Susah-susah kita tutup lah Petronas tu. Ada kalau hanya sekadar menyusah rakyat, baik tiada. Tu bukan kata aku, tapi tu kata abang yang rambut kerinting. Jauh dalah hati aku, aku setuju 120% dengan abang rambut kerinting tu. Pembaca semua setuju tak dengan abang rambut kerinting tu? Komen...jangan tak komen!!
- Ada sorang abang pakai tali leher. Tapi tak lah hensem pun. Hitam, dah lah tu kepala botak. Mamat ni siap bagi pengiraan. Lebih kurang macam ni. Satu tong USD104 = RM312. Satu tong = 208 liter. Ertinya seliter RM0.67. Jika kos proses dan kos pengeluaran 100% daripada kos bahan mentah = RM0.67 maka kos pengeluaran RON95 = RM1.34 seliter. Pengilang ambil margin 20% dan pengedar 10%, maka kos akhir akan jadi RM1.742. Maka mamat tu buat kesimpulan, harga RM1.90 seliter patut kekal sehingga harga minyak mentah mencecah USD125 dengan mengambil kira subsidi kerajaan RM20billion. Bravo la breder, patutlah lu pakai tie.
- Rakan mamat yang pakai tie tu pulak pakai baju batik. Entah apa mimpi tah pakai baju batik hari rabu. Pun tak hensem, tapi idea dia berapi. Mamat baju batik ni pertikaikan bagaimana subsidi boleh meningkat dari RM10 billion (2010) kepada RM20 billion (2011). Hujjahnya, kadar pertambahan kereta cuma di bawah 10 peratus dan harga minyak secara purata adalah setara dalam penggal kedua 2010 sehingga penggal satu 2011. Maka dia simpulkan terdapat kebocoran subsidi yang tidak dapat dikesan, ataupun sengaja tidak mahu dikesan. Aku tabik mamat ni, pemikiran dia tajam menikam. Macam ni boleh pakai baju batik bukan sahaja pada hari rabu, hari-hari pun boleh.
- Sehingga ke hari ini, aku dapati orang yang lepak kat kedai kopi ini adalah orang yang banyak idea dan berpandangan tajam. Patutlah banyak YB PR lepak kar kedai kopi. Yang peliknya tak ada YB BN yang ikut langkah ni. Kalau ada pun hanyalah Dato' Ishak Ismail, Ketua UMNO Seremban. Tak tahulah kalau Dato' jadi YB esok berubah pulak. Harap-harap tak macam tu kot. Saya masih boleh lepak dengan Dato' kat Pekan Pantai, Jalan Jelebu. Dato' pun dah baik dengan MB nampak.....ada apa-apa ke?????
- Sampai kita jumpa lain kali. Tulisan akan datang, kita pindah ke negeri lain pulak. Pembaca semua nak negeri mana??? Tulis dalam komen.....saya cari bahan. Salam......jangan lupa tengok Maharaja Lawak.
Search This Blog
Wednesday, May 18, 2011
KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI VI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment