Search This Blog

Wednesday, June 1, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 7


  1. Assalamualaikum pembaca sekalian. Semoga anda semua sihat dan sentiasa diberkati Allah. Kita berjumpa lagi di bawah cerita yang sama...Kempen Politik Kedai Kopi Siri ke-7. Tapi kali ini saya menulis bukan dari kedai kopi, sebaliknya dari sebuah Cafe di Cyberjaya. Namun ceritanya tetap sama.....teruskan membaca.

  2. Saya sepatutnya ke Pulau Pinang. Telah ada rakan pembaca blog ini yang menunggu di sana. Malangnya ada beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, saya hanya sampai ke Taiping, Perak. Tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. Saya mohon maaf, emailkan cerita anda di Pulau Pinang....saya terbitkan di blog ini.

  3. Saya ke kampung saya, Kg. Ayer Terjun, Trong Perak. Depan klinik dah ada kedai tomyam. Makan 6 orang, order macam-macam baru RM32.50 sen. Layanan ok, pantas, dan rasanya pun macam kat Rantau Panjang. Maklumlah semuanya yang bisness tomyam ni, orang siam....mana-mana pun sama rasa, tapi berbeza harga. Restoran tu depan Klinik Pekan Sg. Kerang.....alah klinik yang hilang pemandu ambulan tu. Tengah ada orang sakit pulak tu....Nasib baik pemandu ambulan saja yang hilang, kalau klinik tu yang hilang...parah.

  4. Pagi esok saya dan keluarga bersarapan di Pekan Padang Gajah. Mee rebus telur bawa sendiri. Tapi saya tak bawa telur, kat mana nak gagau telur pagi-pagi tu. Jadi kenalah bayar lebih sikit. Lima orang makan baru RM14.30 sen. Restoran tu sebelah balai polis. Alah...balai polis yang takder polis jaga tu, yang keluar kat utusan 2 hari lepas. Ruangan komen pembaca. Jangan pergi balai polis tu buang masa saja, pergi kedai mamak tu, kena mee rebus lagi cun. Nasib baik polis yang takder.....kalau maruah polis tu yang takder macamnana? Allahhuakbar.....

  5. Jam 9 pagi saya dan famili pergi pelantar ikan. Sewa bot pergi Pulau Pasir Hitam. Now dah ada speed bot. Memancut. 15 minit dah sampai. Pusing satu pulau. Pas tu singgah pulau pekena air kelapa matag dua tiga tandan. Free kan payah bayar pun. Bayar tambang baru RM100. Enjoy nak giler. Kalau sesiapa yang tension tu bolehlah lepaskan tension kat situ. Lebih kurang 18 km dari exit tol Changkat Jering. Balik singgah beli ikan segar, udang segar, sotong segar, dan macam-macam lagi. Harga 50% rendah dari pasar anda.

  6. Untuk kaki memancing, ada Anglers Heaven kat simpang sungai tu. Bayarannya cuma RM90.00 semalam. Boleh masak, boleh bawa family dan boleh memancing. Ikan gerenti dapat. Nak kepastian, bawa jala sekali.....pehhhhhh. Mau dapat lima enam tan tu.

  7. Petang macam biasa, famili aku tak pernah lepas mee udang matang. Ambil yang RM12 sepinggan. Mee semangkuk, udang setengah kilo. Satu family kena dekat RM100. Sedap punya fasal....wang apa kira. Kalau pembaca sampai Taiping, tetapi tak kena mee udang....rugi....ibarat jantan kahwin dengan jantan.....rugi dunia akhirat.

  8. Malam kena pulak Yong Tau Fu dekat bomba Taiping. Pehhhhh meleleh beb. Anak aku tambah pulak dengan sotong kangkung....time bayar baru RM18.00. Mak datuk murahnya. Tapi perut dah penuh....terus jer kami balik rumah mak aku kat Kg. Ayer Terjun. Jalan balik pun dah cantik, hampir 50% ada lampu jalan.

  9. Aku tulis tentang kampung aku. Sebenarnya aku nak bagitau. Berkat kecekapan dan kesabaran BN memerintah, kampung aku dah berubah. Bukan sahaja dari segi fizikal, tapi dari segi aktiviti ekonomi orang Melayu. Kalau dulu nelayan, sekarang dah ada anglers heaven, pengusaha bot pelancongan, peraih ikan, dan pemilik pasar ikan segar. Kalau dulu kerja estet, sekarang dah ada beratus ekor lembu dan kambing. Tu kawan aku, SPM dapat pangkat 3. Nama dia Eee. Tak caya pergi Padang Gajah, cari nama tu. Tauke lembu dan pengusaha bot pelancongan.

  10. Yang paling aku bangga, kedai-kedai Melayu dah bertambah. Dah lah tu, penuh barang. Kalau gabung aku rasa mau macam TESCO EXTRA. Bila aku tengok semua kawan-kawan aku yang berjaya kat Kampung aku, walaupun SPM teruk......aku sebenarnya BANGGA MENJADI MELAYU DI MALAYSIA. Kampung tuan-tuan macam mana?????

No comments: