- Aku sedar pada pukul 5 pagi. Aku terus ke dapur. Aku makan 5 biji buah tamar. Aku minum 2 gelas susu UHT. Lepas tu aku terus buat 2 biji telur separuh masak. Aku makan dan kemudian aku minum 2 gelas air suam. Aku pun niat berpuasa.
- Lepas bersahur aku mandi. Berwuduk dan solat subuh. Lepas solat aku berdoa. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku untuk terus berpuasa sehingga waktu maghrib ini. Aku pejamkan mata. Aku mohon dengan rasa serendah-rendah diri.
- Selesai segalanya aku terus keluar rumah. Aku lapkan teksi aku. Sebagai pemandu teksi aku mahu teksi aku sentiasa cantik. Aku hidupkan teksi dan terus bergerak mencari pelanggan.
- Belumpun sempat sampai 500 meter teksi aku sudah mendapat seorang pelanggan. Seorang perempuan Melayu. Cantik bertudung. Aku berhentikan kereta. Gadis cantik tersebut terus masuk ke dalam teksi aku.
- Aku beri salam. Nak ke mana..macam biasa aku bertanya. Banggunan MKN Embassy, Cyberjaya, jawabnya ringkas. Aku berbual ringkas. Terkejut dia bila aku beritahu yang aku ni seorang Muallaf. Muslim dia kata bukan Muallaf.
- Pagi memang jem giler. Nak lepas tol Sungai Besi sahaja dekat 30 minit. Kat sebelah aku masa jem tu ada sebuah kereta RX8. Yang pandu orang Melayu. Dah tentulah Islam. Ini kan Malaysia. Sambil pandu masa jem tu aku tengok cantik punya sedut rokok. Pas tu sedut air tin dan kunyah roti. Ya Allah bukakanlah hati saudaraku untuk berpuasa. Aku terus panjatkan doa kepadaNya.
- Sampai sahaja di Cyberjaya, penumpang tadi terus hulur not 50. Aku kata sekejap saya bagi balik baki. Tak apa bang, buat belanja berbuka. Aku pun hairan, selepas menjadi Muslim rezeki aku semakin bertambah-tambah.
- Sebelum masuk jalan besar teksi aku ditahan lagi. Kali ini oleh sepasang Iran. Yang lelaki tinggi lampai, yang perempuan tak payah cerita...orang Iran..cantik susah nak diceritakan. Bukit Bintang...how much? 70 sir aku jawab. Ok...
- Baru nak masuk Highway Putrajaya tu Mat Iran dengan Minah Iran tu dah mula nak buat hal. Terus aku tanya. Sir are you Islam...I am Muslim...although I am Chinese. Terus Mat Iran tu tarik tangan dia keluar dari dalam baju Minah Iran tu...Thank you Sir...aku jawab.
- Bersambung....
Search This Blog
Friday, August 5, 2011
MUALLAF YANG BERPUASA 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment