- Habis semua urusan dalam jam 5 petang. Sebelum balik rumah aku rasa ada baiknya kalau aku singgah pasar ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Petang tu pulak jalan jem bagai nak giler. Jam 6.30 petang baru aku sampai.
- Aku letak kereta lebih kurang jer. Aku jalan cepat-cepat. Mata aku sibuk dok tengok juadah itu dan ini. Semuanya best-best. Keliru selera, mata, dan semua pancaindera aku. Makin aku pandang, makin lapar rasanya. Aku sendiri keliru antara lapar dan nafsu makan yang mula mengikis iman dan fikiran.
- Aku beristiqfar. Akhirnya aku hanya membeli 3 ketul karipap dan segelas air kelapa. Sedar tak sedar dah jam 7.15 malam. Dah hampir sangat dengan waktu berbuka. Aku terus berlari ke Masjid India. Aku rasa sempat untuk aku berbuka di Masjid India.
- Sampai saja Masjid India dah dekat sangat waktu berbuka. Aku tengok orang punya la ramai sampai tak ada satu tempat kosong pun. Ada seorang haji tu siap berjubah..serba putih. Muka punya la putih bersih. Haji tu datang dekat aku, terus tarik tangan aku dan bawa aku kat tengah-tengah kawasan berbuka. Aku ikut sahaja.
- Sampai di situ aku pun duduk di sebelah Haji tu. Aku lihat ada buah tamar, nasi mandi, dan air sirap selasih tanpa ais. Sebelum azan bergema Haji tu tepuk bahu kanan aku. Aku terus baca doa berbuka...Allahhummalakasumtu....sampai habis. Habis sahaja...azan terus bergema.
- Aku capai tamar...sedapnya. Lapas tu aku teguk sedekit air sirap selasih...sejuknya terus menyegarkan satu badan. Hairan tanpa ais, tapi sejuknya bukan kepalang. Kemudian aku makan nasi mandi perlahan-lahan. Aku lihat Haji bangun dan terus ke tengah dewan sembahyang.
- Aku pun berhenti makan dan terus berwuduk. Aku pun ke tengah dewan. Dalam kesibukkan dan ramai orang aku cuba cari Haji. Tak jumpa pula. Aku terus solat Maghrib. Selesai doa....aku ke belakang. Tiba-tiba Haji datang. Haji bawa sebuah Al-Quran. Dibukakan juzuk 27 surah Al-Najm. Aku buka dan baca. Lancar pulak aku baca walaupun aku tak pernah belajar Quran. Haji senyum.
- Kemudian aku sembahyang Isyak. Habis Isyak sambung dengan Solat Terawih. Semuanya tamat sebelum jam 9.45 malam. Sebaik sahaja selesai Terawih aku mencari-cari haji. Satu masjid aku tinjau. Hairan aku, masjid macam kosong sahaja. Ke mana hilang orang yang ramai-ramai tadi.
- Aku bertanya beberapa orang jemaah tentang Haji. Akhirnya aku tanya Pak Imam. Siapa Haji tu sebenarnya. Aku terangkan gambaran Haji itu. Aku ceritakan bagaimana aku boleh baca Al-Quran, Solat, dan berdoa bila Haji duduk di sebelahku. Pak Imam tu jawab begini...."Alhamdullillah....kau bertemu rahmat yang Agung dalam usia Islammu yang masih muda...pada hari pertama bulan pengampunan Allah.". Aku kebingungan.
- Bersambung...
Search This Blog
Sunday, August 7, 2011
MUALLAF YANG BERPUASA 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment