- Aku berpaling ke belakang. Aku melihat 3 orang makmum yang berpakaian serba putih. Aku terus membacakan doa. Makmum tadi hanya menyebut Amin dan Amin. Selesai doa kami bersalam-salaman.
- Aku terus bergerak ke arah teksiku. Aku perlu terus bergerak untuk mencari penumpang. Setiap penumpang yang menaiki teksi ini adalah petunjuk kepada rezekiku. Dari Masjid Besi aku bergerak ke arah Jalan Dengkil.
- Selepas simpang Jalan Dengkil menghala ke Bandar Baru Salak Tinggi teksi aku ditahan oleh 3 orang hamba Allah. Dari jauh aku nampak kelibat 3 orang lelaki berjubah. Mungkin jemaah Tabligh. Mungkin juga orang Pakistan atau Bangla yang datang bertabligh ke Malaysia.
- Aku memberhentikan teksi aku. Tiga orang lelaki tadi terus masuk ke dalam teksi. Terus mereka memberi salam dan meminta aku menghantar mereka ke KLIA. Salam aku jawab dan aku terus ke KLIA.
- Aku diam. Mereka juga diam. Langit yang tadi cerah mula menjadi kelam-kelam. Agaknya sekejap lagi hujan akan turun. Bagus juga hujan di bulan puasa ni, kurang sedikit bahang mentari.
- Tak sampai pun 10 minit hujan mula turun mencurah-curah. Lebat dan semakin lebat. Pandangan aku jadi kabur, 'wiper' teksiku seperti tidak mampu menolak air ke luar cermin hadapan. Aku memperlahankan teksiku.
- Salah seorang penumpang tersebut meletakkan tangannya ke atas bahuku. Dia hanya tersenyum. Tangannya menunjukkan tepat ke hadapan. Seperti mengarahkan aku terus memandu.
- Aku teruskan pemanduanku. Sampai di simpang tiga, aku belok ke kanan ke arah KLIA. Hujan seakan tidak mahu mengalah. Semakin galak membasah bumi. Aku pandu semakin perlahan. Semakin berhati-hati.
- Di hadapan ada satu selekoh tajam. Aku sedar. Aku terus berhati-hati. Aku lihat tiga orang penumpang tadi diam sahaja. Semuanya seperti sedang sibuk berzikir. Di hadapan ada cahaya seperti lampu lori. Semakin lama semakin mengarah kepada teksiku. Bila sudah begitu hampir, cahaya itu terus.......
- Bersambung....
Search This Blog
Thursday, August 11, 2011
MUALLAF YANG BERPUASA 6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment