Search This Blog

Saturday, December 17, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 2

Antara Julai 2010 hingga Oktober 2010

Semakin hari hubungan kami jadi semakin rapat. Aku jenis manusia yang tidak pernah mengedarkan business kad kepada orang lain. Maka telefon dalam bilik aku amat jarang berbunyi. Namun Azira akan menelefon bilik aku bila dia memerlukan maklumat dari sektor aku. Aku pula seperti sentiasa menunggu telefon itu bordering. Aku tahu tiap kali telefon itu bordering, pasti Azira di talian. Aku jadi mula rindu pada suaranya.
15 Julai 2010, aku baru dua minggu berada di pejabat ini. Aku mula mengenali seorang demi seorang pegawai di pejabat baruku ini. Aku rasa semua ada potensi masing-masing. Ada juga beberapa pegawai wanita yang cantik. Aku jarang menilai kecantikan wanita. Aku suka menilai kebolehan mereka menyumbang kea rah potensi organisasi. Aku tak perlukan pegawai wanita yang cantik, tetapi aku perlukan pegawai wanita yang bijak dan berani.
Azira lain. Dia amat sempurna. Cara dia meminta bantuan dan pandanganku amat berbeza. Dia hanya meminta. Pada aku permintaannya ibarat rayuan manja yang amat sukar untuk aku tolak. Malah aku sentiasa menanti Azira memohon bantuan dan pandangan daripada aku. Semuanya bukan kerana aku bijak. Aku juga tahu Azira bukan bodoh. Namun, bila Azira memerlukan bantuanku, aku akan cuba member yang paling baik pernah aku lakukan. Semuanya kerana aku berharap Azira terus memohon bantuanku.
20 Julai 2010 aku ada mesyuarat di luar pejabat. Tiba-tiba Azira menghubungi handphoneku. Aku rasa amat gembira. Aku terus simpan nama dan nombor handphone Azira. Aku letakkan nama Angel. Aku tak kisah apa maklumat yang Azira perlukan, aku jadi amat gembira bila aku dapat nombor tersebut.
Sehari demi sehari berlalu, aku masih gagal untuk menghubungi Azira malalui talian tersebut. Aku tak punya sebab yang kukuh. Tak kan aku hanya telefon, kemudian ucap hello dan bye. Aku bukan yang jenis macam tu. Aku benci bila cakapku tersekat-sekat. Malah bila ada bos yang berucap tersekat-sekat, aku benci berada dalam situasi begitu. Tersekat-sekat bagiku adalah satu kelemahan. Aku amat yakin, aku mampu menyembunyikan segala kelemahanku. Sayangnya, dengan Azira, aku mula sedar, aku masih lemah.
Suatu pagi pada akhir bulan Julai aku menerima satu panggilan. Azira mengajak aku makan tengahari di luar. Azira kata di café makanan telah hamper tiada. Aku amat gembira. Aku sendiri tak tahu kenapa aku gembira. Aku terus ke basement. Hidupkan kereta dan ambil Azira depan café pejabat. Rupanya Azira tidak keseorangan. Azira ajak Ain bersama-sama. Aku buat seperti tidak terkejut. Ain pula duduk di depan di sebelahku. Dalam kereta Ain yang banyak bercakap. Azira hanya diam. Sesekali aku jelling Azira melalui cermin pandang belakang. Azira senyum. Aku tahu dia senyum padaku. Mungkin Azira rasa, dia berjaya permainkan aku.
Masa makan, Ain terus bercakap. Ain memang begitu. Ain kalau bercakap susah hendak diberhentikan. Aku layan. Aku kenal Ain dah lama. Aku yakin Ain juga kenal aku lebih daripada orang lain kenal aku. Apalagi Azira yang baru dua bulan aku kenal. Selesai makan, aku bayar. Jadi kepantangan aku menerima belanja daripada wanita. Semua kawan-kawan wanita aku tahu. Kalau ada wanita yang boleh belanja aku makan, wanita itu pasti setaraf ibu atau kakakku.
Hari-hari terus berlalu. Tak pernah ada yang terlewat. Memang hebat pengurusan Allah. Tidak akan tersilap. Semuanya diatur dengan hebat. Semakin hari berlalu, aku rasa aku semakin kesuntukan masa untuk rapat dengan Azira. Sedangkan hati dan perasaan aku meronta-ronta untuk sentiasa berada dekat dengan Azira. Aku suka segalanya pada Azira. Termasuk wangiannya. Malah aku lihat Azira amat ayu bila bertukar cara memakai tudung. Ayunya Azira di mataku, memadamkan segala kepayahan cabaran di pejabat baruku ini.
Ada masanya aku ada urusan dengan Azira. Aku sebenarnya tidak mahu Azira member respon positif. Jadi, aku selalu sahaja bercakap yang nakal-nakal. Kadang-kadang aku berlebih. Aku puji Azira depan orang lain secara terbuka. Aku mahu Azira membenci aku. Aku tahu, kalau Azira membenci aku, aku akan lepas daripada siksaan ini. Siksaan menjadi lelaki tak berguna. Lelaki yang jatuh cinta dengan milik orang.
Aku juga pernah dengar, Azira sering mengutukku di depan rakan-rakannya. Aku sebenarnya tidak kisah dengan kutukan. Daripada pengalamanku, aku jadi setabah ini dan aku sampai ketahap ini kerana aku tahan kutukan. Malah aku melatih diri aku untuk menukar kutukan menjadi satu cara untuk aku membaiki kelemahan diri.
Satu pagi aku jumpa Azira di basement. Aku beri salam. Azira jawab. Aku memang jarang datang lewat. Tapi bila takdir menentukan aku akan terlewat, aku yakin ada benda akan berlaku. Kami sama-sama berjalan ke lif. Pintu lif pun terbuka. Azira masuk. Aku masuk. Pintu lif pun tertutup. Aku tekan aras 5. Azira diam. Aku senyum. Azira senyum. Tiba-tiba aku dapat kekuatan. Aku terus berkata, “ Cantik baju U hari ini.”
“Tak adalah, biasa sahaja.” Jawab Azira
“Kalau macam ni biasa, kalau cantik mau pengsan I dalam lif ni.” Aku berseloroh
“U ni ada saja lah.” Balas Azira. Aku terus ajak Azira minum. Azira tolak. Azira bagi alas an yang membuatkan aku kagum kepada ketabahan seorang wanita. Azira kata, “I tak akan keluar berduaan dengan U sampai bila-bila, kecuali……” Di situ Azira berhenti. Aku juga berhenti. Aku tak tahu untuk bertanya apa selepas kecuali. Pada aku, dua tiga perkataan yang lahir dari mulut Azira, terus terlekat dalam hatiku. Yang lain, biar masa dan keadaan yang tentukan.

01 November 2010
Bersambung

No comments: