Search This Blog

Sunday, December 18, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 3

01 November 2010

November mengubah segala-galanya. Pagi itu aku jumpa Azira di biliknya. Telah menjadi amalan di pejabat baru aku ini setiap Isnin akan ada mesyuarat pengurusan. Aku berikan beberapa maklumbalas yang Azira perlukan. Hari itu Azira nampak serius. Dia seperti tidak memandang kepadaku. Aku tertanya-tanya apakah Azira tahu aku memendam rasa kepadanya. Dia mungkin fikir, aku adalah manusia paling tidak berguna kerana jatuh cinta dengan isteri orang.
Dalam mesyuarat aku selalu memilih tempat yang bertentangan dengan Azira. Pada aku mesyuarat akan menjadi indah bila aku boleh menatap wajah Azira yang begitu ayu. Aku amat suka melihat Azira, sekalipun ketika Azira berjubah hitam. Hari ini Azira mengenakan baju kurung hijau dengan tudung bersulam kehijauan. Ada sepit di tengah tudung. Di pejabat baruku ini, hanya Azira yang mengenakan tudung begitu.
Aku tahu Azira pasti ada dua pasang tudung begitu. Aku selalu melihat Azira begitu. Azira ada dua pasang baju kurung yang hampir sama. Azira ada dua pasang kasut yang hampir sama. Azira ada dua bentuk tudung yang hampir sama. Azira pada aku memang begitu. Azira pasti akan membeli dua bagi setiap barang yang dia minati. Aku tak pernah tanya Azira tentang itu. Tapi aku pasti Azira begitu.
Mesyuarat hari itu berlangsung agak lama. Azira duduk di sebelah Ain. Aku tahu Ain akan sentiasa member pendapat, sementara Azira akan senyum. Senyum. Dan senyum lagi. Setiap kali Azira senyum, hati aku amat gembira. Walau senyum itu bukan untuk aku.
Aku berani kan diri untuk menghantar sms kepada Azira. Aku minta Azira diamkan Ain. Azira balas.
“Biarlah dia…kenapa U sibuk?” begitu balasan Azira
“I bukan sibuk….tapi I dah lapar ni.” Aku jawab. Jawapan aku sebenarnya memang ikhlas.
“I pun lapar juga.” Jawab Azira
“Jom, pasni kita lunch sama.” Pelawa aku.
“In your dream!” Jawab Azira.
“I gerenti that I will not sleep while driving. So I cannot have a dream.” Aku jawab.
“Harharhar.” Balas Azira.

Itulah detik yang mengubah hubungan kami. Malah “harharharhar” akan sentiasa ada dalam sms Azira kepadaku. SMS menjadi medium penting yang mengeratkan hubungan kami. Aku ingin sekali keluar berdua dengan Azira. Aku ingin sekali mengatakan sendiri perasaan ku kepada Azira. Aku tidak mahu teknologi yang mengambil peranan perasaan. Aku tahu Azira tidak akan melayan perasaanku ini. Mungkin Azira akan jawab..Harharhar.

05 November 2010

Pagi itu aku ke pejabat cawangan di Damansara. Ada mesyuarat penting. Secara tiba-tiba telefon aku bergetar. Ada sms. Dari Azira. Aku pantas melihatnya.
“Hai…boleh kacau.” Pinta Azira
“U Rindu I ke?” Aku bertanya. Sebenarnya aku yang amat rindu pada Azira.
“Harharhar..” Jawab Azira. Memang aku agak, itulah jawapan yang akan datang dari Azira.
“I rindu U tau…rindu sangat.” Aku jawab. Aku memang rindu pada Azira. Aku rasa tidak guna aku menyembunyikan perasaan ini. Bukan aku yang mahu rindu, rindu yang datang sendiri.
“Siapa lagi U rindu????” Tanya Azira
“ U, U, U, dan U serta U.” Aku balas. Itu adalah hakikat sebenarnya kalaulah Azira mengetahuinya.
“Harharhar, harharhar, harharhar, dan harharhar serta harharhar." Balas Azira.
Hingga akhir mesyuarat ada 61 sms Azira kepadaku dan ada 62 sms aku kepada Azira. SMS terakhirku tidak dibalas oleh Azira. Puas aku menunggu. Begitu tersiksa menunggu balasan sms terakhir itu. Aku tahu aku tidak lagi boleh lari dari merindui Azira. Malah aku amat suka bila dipeluk rindu pada Azira.
Mulai detik itu, setiap hari pasti kami berhubungan. SMS menjadi rutin harian kami. Semakin banyak sms, aku semakin rindu kepada Azira. Aku mula sedar, Azira juga mungkin rindu padaku. Yang baiknya, hubungan kami tidak seorangpun dari orang-orang di pejabatku mengetahuinya. Dari luar aku masih lagi seorang boss yang suka merapu. Bercakap lepas dan sering mengacau orang lain. Sebenarnya, aku mahu orang tahu, aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta. Aku jenis yang happy go lucky. Aku jenis yang mampu menukar masalah menjadi peluang yang amat besar. Aku jenis yang tidak takut pada semua jenis cabaran. Rupanya bukan. Azira membuatkan aku sedar yang aku memerlukan dia untuk mengisi satu ruang istimewa dalam hidupku. Dan aku juga tahu, aku mampu mencipta dan mengisi ruang istimewa dalam hidupnya. Cuma penghalangnya adalah keadaan dan masa.

17 November 2010
Bersambung………

No comments: