Search This Blog

Monday, December 19, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 4

17 November 2010
Hari ini adalah hari paling bertuah dalam hidupku. Azira tiba-tiba mengajak aku keluar makan tengahari. Hanya aku dan dia. Tiada Ain. Tiada siapa-siapa. Yang ada hanya aku dan dia. Aku terus bersetuju. Lambat pula rasanya menunggu waktu rehat tengahari.
Tapat jam 1.00 tengahari aku ambil Azira di tempat yang dijanjikan. Agak jauh dari pejabat. Aku tidak mahu orang lain tahu aku keluar dengan Azira. Bukan aku malu, tetapi aku mahu jaga air muka Azira. Aku tahu seluruh pejabat ini menyangka aku kaki perempuan. Dari bentuk rupaku, cara jalanku, cara aku berpakaian, cara aku bercakap malah segalanya adalah alas an yang cukup kuat untuk menuduhku kaki perempuan. Jadi aku yakin, bila orang tau Azira keluar lunch dengan aku, pasti semua orang akan kutuk Azira.
“Nak U keluar dengan I?” Aku mulakan bicara.
“Ada perkara penting yang I nak cakap.” Balas Azira.
“U rindu sangat kat I ke?” Aku bertanya antara serius dan tidak walau hati aku amat mahu dirindui Azira.
“Penting ke kalau I rindu kat U?” Azira bertanya semula. Aku tahu, ada makna yang suka diramal dalam ayat terakhir tersebut.
“Penting pada I, pada U I tak tahu.” Aku cakap apa yang hati aku kata. Azira diam. Dia hanya tunduk. Aku dapat lihat keresahan dari riak wajahnya.
“Kenapa ni?” Aku bertanya. Aku jadi amat tidak sabar menanti jawapan dari Azira. Jauh dari sudut hati aku, aku mahu Azira rasa apa yang sedang aku rasa.
“I pun tahu kenapa I boleh jadi macam ni..” Perlahan Azira mengeluarkan kata-kata. Aku diam. Aku menanti ayat tersebut disambung.
“I rasa amat bersalah pada suami dan anak-anak I.” Sambung Azira. Aku diam lagi.
“I tak sangka, setelah lima tahun berkahwin I boleh ada perasaan begini pada orang lain.” Azira terus berbicara. Walau suaranya antara jelas dan tidak, tetapi aku masih mampu menghayatinya.
“Azira, U pun ada perasaan yang sama macam apa yang I rasa ke?” Aku bertanya. Azira diam. Diam dan aku juga diam.
Azira memandang aku. Kuyu matanya membuatkan aku begitu terpesona. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Hilang segala lapar dan dahaga. Dalam diri aku rasa penuh dengan cinta.
“I dah cuba benci U. Hari pertama U datang, I dah rasa ada sesuatu yang akan terjadi.” Azira kembali bersuara. Aku diam. Aku menjadi pendengar yang setia. Pendengar yang gembira. Pendengar yang teruja.
“I cuba lawan. I selalu kata pada diri sendiri yang U tak mampu buat I terpikat.” Sambung Azira. Aku diam dan terus diam.
“Sekarang I tahu. I tak mampu lagi lari dari U. U dah buat I……” Azira diam. Gagal untuk Azira menyambung kata-katanya.
“U ingat I tak buat sesuatu untuk menghalang perasaan I pada U?” Aku berkata.
“Bila I lihat U kali pertama, I rasa U begitu istimewa. I keluar bilik U, U terus berlegar dalam otak I.” Aku cuba jelaskan apa yang sebenar.
“I terus cakap…..ala hitam.” Aku sambung bicara.
“Tiap-tiap hari I cuba mengelak untuk bertentang mata dengan U. Bila jumpa U, I cakap kasar dan lepas. I buat U macam staff I.” Aku sambung lagi.
“I nak U benci pada I. I tahu U isteri orang.” Aku terus bercakap.
“Tetapi I tak mampu….bukan sebab U cantik….sebab U Azira.” Aku terus keluarkan apa yang aku rasa agar Azira mengerti.
Hari itu aku lunch hanya dengan memandu 30 km pergi balik. Meredah sesak jalanraya di Kuala Lumpur. Namun detik-detik tersebut menjadi titik mula penyiksaan dalam hidup aku. Mungkin hidup kami berdua. Bila aku tahu Azira juga ada rasa yang sama, aku jadi semakin rindu padanya. Aku benci setiap kali tiba hari Jumaat. Mudah. Sabtu dan Ahad pasti akan memisahkan aku dan Azira. Bila hari minggu tiba, aku jadi resah yang amat. Rindu yang amat. Rindu dan resah yang amat sukar untuk aku bezakan. Hanya aku mengenal satu. Aku rindu pada Azira. Aku cinta pada Azira. Rindu dan cinta itu semakin membara bila aku tahu Azira juga dalam perangkap yang sama.

20 November 2010

Bersambung

No comments: