Search This Blog

Monday, December 19, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 5

20 November 2010

Bila aku pulang ke rumah hari itu aku rasa isteriku mula merasakan perubahan pada diriku. Walau aku sendiri berasa betapa aku berubah. Pada aku perkara lain semuanya sama. Kecuali, dalam jiwa dan perasaan aku telah ada dua wanita. Azira dan isteriku. Kedua-duanya saling mencarik-carik rasa rindu dalam jiwa ini.
Aku rasa mungkin gerak hati wanita. Isteriku adalah satu-satunya wanita yang telah bertahta dalam hatiku selama 20 tahun sebelum Azira turut sama-sama berada dalam sanubariku. Bila aku imbas kembali, amat besar rintangan untuk aku menyunting wanita ini sebagai suri hatiku. Selama ini bukan tidak ada wanita lain yang rapat denganku, cuma aku kadang-kadang merasakan tiada bezanya antara mereka dengan rakan-rakan lelakiku. Isteriku cukup faham pandangan aku terhadap wanita.
Isteriku sebenarnya tidak begitu jauh berbeza dengan Azira. Wajahnya ayu. Badannya kecil molek. Kulitnya juga hitam manis. Hidungnya sederhana mancung. Bibirnya mulus dan kecil. Badannya kecil molek. Malah sehingga kini, isteriku masih tidak berubah. Masih kekal potongan badannya dengan beratnya kekal pada 45kg. Malah dalam keluargaku kini, isteriku kekal sebagai manusia yang paling comel. Sehingga kini aku memanggil isteriku Cute.
Aku masih ingat bagaimana aku terpikat dengan isteriku. Ketika itu aku menunggang berseorangan. Bila aku cuba memotong sebuah kereta, tiba-tiba kereta itu membelok ke kanan. Bila aku sedar, ada seorang wanita menemani aku di wad otopedik. Aku kurang faham apa yang dikatakan wanita itu.
Empat hari kemudian, wanita itu masih datang melawat aku di wad yang sama. Dari situ kami mula rapat. Kemudian aku tahu wanita itulah yang menyebabkan aku masuk wad. Kali pertama aku mengajak wanita itu keluar bersama dia hanya diam. Selang beberapa saat, dia hulurkan sesuatu. Kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung dua minggu lagi. Aku rasa seperti kepala aku dilanggar sebuah lori besar. Namanya tertera. Dia anak Dato’ dan bakal suaminya juga anak Dato’. Dan aku……aku mungkin Dato’ 25 tahun akan datang.
Aku tak peduli bila aku sudah suka, aku akan terus mencuba. Aku cuba dan terus mencuba. Sama dengan Azira, isteriku turut menangis apabila dia terkeliru dengan jiwanya sendiri. Untuk memilih, antara aku yang tidak diketahui asal usul, atau tunangannya dari keluarga yang hebat. Aku tidak pernah memaksa. Aku hanya berbicara tentang perasaanku terhadapnya tanpa mengharapkan balasan darinya.
Aku ingat ketika aku minta rombongan keluargaku melamarnya di saat keluarganya membuat persediaan perkahwinan untuknya. Ayahku dengan berani membuat lamaran. Akibatnya, lamaran aku ditolak mentah-mentah. Isteriku, malam itu datang ke rumahku. Dia jadi amat keliru. Malah aku juga keliru. Dalam kekeliruan itulah sebenarnya jodoh kami bertemu. Aku amat yakin, aku mampu melihat masa depanku. Bila aku melihat bakal isteriku, aku selalu yakin Tuhan akan bersama aku. Membantu aku dengan satu cara yang penuh misteri.
Dari semua kepayahan itu, isteriku telah masak dengan sikapku. Kalau aku mahu sesuatu, aku akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Hanya ada dua kuasa yang boleh menghalang aku, Allah dan keimananku sendiri. Aku tak mungkin menerima pendapat orang lain. 20 tahun kami berkongsi segalanya, dia amat faham mengenai aku, suaminya.
“U ada perempuan lain ke?” Tanya isteriku. Aku memandang isteriku. Aku senyum.
“Azira kan nama dia.” Isteriku menambah. Aku masih diam.
“U check handphone I ke?” Aku bertanya. Aku sengaja membiarkan semua SMS aku dan Azira di dalam telefonku. Biar isteriku periksa. Kemudian aku akan jelaskan.
“U nak kahwin dengan dia ke?” Tanya isteriku lagi.
“I nak, tapi bukan sekarang.” Aku jawab selamba.
“U tak marah ke?” Aku bertanya isteriku.
“I kenal U, kalau U nak tak siapa boleh halang. Malah kalau Azira tu isteri orang pun U boleh ambil. I kenal sangat suami I ni.” Terus isteriku member jawapan begitu sambil mencubit paha kiriku..
“Kenapa U cakap macamtu?” Aku bertanya.
“I tahu U, kalau U tak bersedia, U tak akan buat. Bila U ready U akan carry on. Emak U, abah U pun tak boleh halang....inikan pula I” Tambah isteriku.
“Lagipun I tahu U tak akan tinggalkan I.” Tambah isteriku.
Aku memandang isteriku. Aku tahu isteriku ini amat mengenaliku. Pengalaman lalu yang kami tempuhi bersama telah menyebabkan kami jadi hampir sama. Sama-sama mengenali antara satu sama lain lebih daripada mengenali diri sendiri. Aku sebenarnya amat sayang dan cinta pada isteriku. Tapi dalam masa yang sama aku juga amat sayang dan cinta pada Azira. Cinta dan sayang aku pada Azira tidak menyebabkan aku rasa bersalah pada isteriku. Pada aku cinta dan sayang aku pada isteriku tidak pernah berkurang dengan kehadiran Azira. Atau mungkin kerana aku telah bersedia. Bersedia untuk berlaku adil dalam perkahwinan. Dan aku yakin, bila aku yakin yang aku mampu berlaku adil…..aku sebenarnya telah bersedia untuk mengambil Azira sebagai isteriku. Halangan….Azira masih isteri orang.
Hari ini, aku bukan sahaja rindu yang amat pada Azira, tapi aku juga rindu pada isteriku yang sebenarnya ada depan mataku. Atau mungkin hanya dengan mendapat kedua-duanya akan mengubat rasa rindu yang lara ini. Apakah aku amat tamak dalam mengejar cinta? Tapi sebenarnya cinta itu yang enggan meninggalkan aku. Aku amat bersalah jika aku.......aku buntu.....

18 November 2010

Bersambung

No comments: