Search This Blog

Friday, December 23, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 7

30 November 2010
Dari surat yang Azira kirimkan aku tahu Azira amat merinduiku. Aku juga tahu Azira juga tidak mengundang cinta kedua. Namun cinta datang juga. Seperti ombak yang sering membadai pantai tanpa pernah diundang. Begitulah yang terjadi kepada kami berdua. Kami adalah pantai yang dibadai ombak. Ombak yang tidak mampu kami tolak. Sekalipun kami amat benci pada ombak, bila ombak membadai, kesannya akan kami rasa jua. Detik demi detik hubungan kami semakin intim. Biarpun hubungan itu tanpa sebarang sentuhan, namun jalinan perasaan yang wujud dalam dua jiwa ini tidak mampu dihuraikan lagi. Dalam kekeliruan , aku dan Azira amat sukar untuk membuat keputusan.
Kemudian, aku terima email dari Azira. Email Azira berbunyi begini.
“Selepas I fikir tentang U, I menjadi keliru... I sedar I dah buat keputusan... keputusan yang I rasakan terbaik bagi seorang insan... tapi kenapa I tak boleh berhenti merindui U walaupun I dah sedia maklum kesannya.”

Email itu panjang. Azira menyambung dalam tulisannya.

“ Pagi tadi, entah dari mana datang kekuatan, I bagi tau pada hubby... yang I sedang dilanda masalah besar.. tapi I tak tahu nak mulakan dari mana...hubby diam... I tanya, 'perlu tak kita kongsi semua masalah?' dia jawab, 'jika berkongsi lebih memudaratkan, maka tak perlu dikongsi...' I tambah, 'meskipun dengan suami isteri?' dia jawab, 'masalah memang perlu dikongsi, tapi pilihlah orang dengan teliti... silap memilih, akan lebih merumitkan...' I dapat rasakan yang dia dah lama dapat mengesan.... so I tanya, 'u yakin dengan kemampuan I untuk selesaikan masalah I sendiri?' dia diam, cuma senyum.... hati I jadi resah.... dia meletak sepenuh kepercayaan pada I... in fact, dia seperti tidak bersedia untuk mendengarnya sendiri... mungkin terlalu pahit untuk ditelan, maka lebih baik diketepikan.... akhirnya I berkata, 'I sedang berusaha selesaikan masalah ini... jika perlu, I akan ambil tindakan drastik... hanya kepada Allah I memohon pertolongan' dia tidak jawab apa-apa... seperti tidak mahu berbincang lanjut mengenainya...”

Aku faham apa yang Azira rasa. Aku juga rasa begitu. Bila Azira tulis…

“I sedar I dah tak mampu berlakon seperti tidak ada apa-apa di hadapan dia... tindak tanduk I sering jadi kalut... jadi resah tidak bertempat... kadang kala I jadi terlebih rajin... untuk menyibukkan diri dengan harapan boleh lari sebentar dari kemelut hati... tapi ternyata I lemah.... setiap apa yang I lakukan, masalah ini tetap menghantui.... hatta tatkala menguruskan anak-nak pun I terbayang, apakah yang bakal terjadi pada masa depan mereka? Masih di rumah inikah mereka akan membesar? Di dapur inikah I akan terus menyediakan makanan mereka? Di bilik tidur inikah kami akan berpelukan bersama-sama hingga ke pagi.... sakit.... sakit sekali hati I bila memikirkannya... hati I sakit kerana I tidak sekuat yang disangka... hati I sakit kerana mudah sekali I dihanyutkan rasa... tapi I rela dan semoga I redha.... I lebih suka hati I yang sakit, daripada I menyakiti hati suami dan anak-anak.... saban hari I menelan kesakitan ini... mungkin inilah ubat yang berguna di kemudian hari...”

Aku terus menjawab email tersebut. Aku katakan begini.


“Angel, kau boleh terus mencuba untuk melupakan I. Percayalah, atas rasa cinta ini, I sebenarnya tidak pernah berniat untuk menyakitkan orang yang U sayang. I tak inta U berpisah dengan suamimu. I tidak akan memisahkan suamimu dengan anak-anak U. I hanya akan menjadi penunggu yang setia. I hanya akan tunggu U. Jika ditakdirkan kita bersama, I akan mengisi segala ruang kosong dalam hidupmu. I mohon padaNya untuk beri petunjuk. Saban malam I buat sembahyang Istiharah. I berdoa. Doa yang berbunyi begini..."Ya Allah aku memohon petunjuk darimu. Seandainya ada kebaikkan dalam hubungan aku dengan Azira, kau berkatilah hubungan ini, seandainya tiada, kau lepaskanlah siksa rindu antara kami berdua. Berikanlah petunjukmu, sesungguhnya Kau maha mengetahui segalanya." I akan terus buat sehingga Allah beri petunjuk atau setelah Allah melepaskan rindu antara kita.”

Dari rasa cinta ini, aku dapat rasa kesyahduan dalam tiap kali solatku.

Bersambung....

No comments: