Search This Blog

Sunday, December 25, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 8

01 Disember 2010
Aku sesungguhnya amat keliru. Selalunya bila hari minggu aku akan bangun awal pagi. Selepas solat subuh aku akan kedai mamak. Bersarapan bersama rakan-rakan golfku. Kemudian aku akan bermain golf hingga petang. Ahad, aku ulang semula rutin golfku. Kadang-kadang isteriku merajuk kerana aku terlalu taksub dengan golf. Mungkin isteriku rasa dia telahpun dimadukan. Dimadukan dengan hobiku…golf.
Semenjak Azira hadir dalam hidupku, aku mula melupakan golf. Set golf yang amat aku sayangi menjadi kaku di dalam stor. Hari minggu aku mahu habiskan bersama anak-anak dan isteriku.
“Kita tengok wayang nak esok?” Ajak isteriku manja.
“Cerita apa?” Aku bertanya. Memang bila aku tidak ada mood untuk main golf aku akan membawa isteriku menonton wayang. Kemudian ke kedai buku. Makan dan main bowling. Bila malam kami akan pulang ke rumah. Bila di rumah, masing-masing akan membaca buku yang dibeli pada siangnya. Kecuali aku, aku akan mengelamun merindui Azira seorang diri.
“Kita pergi awal pagi, kita tengok jer cerita apapun.” Cadang isteriku yang amat cute itu sambil tangannya diletakkan di atas tanganku. Terus aku genggam tangan itu.
“Esok pagi jam 9 siap tau. Bagitau budak-budak.” Memang begitu selalu aku membuat keputusan. Isteriku suka menonton cerita yang banyak dialog. Aku suka menonton cerita yang banyak aksi. Begitu juga anak-anakku. Kami semua lelaki, hanya isteriku satu-satunya wanita dalam keluarga ini. Namun bila memilih cerita kami semua akan layan minat isteriku.
Pagi-pagi esok seperti masa yang dijanjikan semuanya siap sedia. Aku selalu membawa kereta klasikku ketika hujung minggu. Aku tak mahu kereta itu rosak tanpa digunakan. Berpuluh ribu aku berhabis untuk kereta itu. Bila aku hidupkan kerata, tiba-tiba telefonku berbunyi. Semua diam. Aku segera melihatnya. Ada SMS. Pastinya dari Azira.
“U..boleh jumpa…I have important matter with U.” Tulis Azira ringkas.
“Bila and di mana?” Aku balas.
“Where are U?” Jawab Azira pantas.
“Home with my wife and kids.” Aku jawab. Juga pantas.
“In our place…..can U arrive in 1 hour?” Pinta Azira.
“I’ll try my best…” Aku jawab. Aku pandang isteriku. Isteriku pandang aku. Aku tahu gerak hati isteriku pasti tahu apa terjadi.
“Cute, can U go to the movie without me?” Aku tanya atau aku pinta kepada isteriku. Aku sendiripun tidak pasti.
“Azira SMS U ke?” Tanya isteriku semula. Riak wajahnya sikitpun tidak berubah. Anak-anakku memandang aku dengan seribu tanda tanya. Hanya anak keduaku yang kelihatan seperti tidak ambil peduli.
“Sorry….I will be in the cinema soon. Try to get noon show.” Aku berkata. Isteriku terus keluar dari kereta. Datang ke sebelah tempat dudukku. Menghulurkan tangannya. Aku sambut. Isteriku bersalaman denganku. Kemudian dia mencium tanganku. Tanpa sebarang kata, hanya dengan pandangan, aku tahu isteriku merelakannya. Atau isteriku sembunyi satu rasa yang dia sendiri tidak pasti.
“Cepat salam abah….jom naik kereta mama.” Arah isteriku kepada anak-anakku. Aku terpaku. Aku pinta isteriku bergerak dahulu. Bila isteri dan anak-anakku tidak lagi di ekor mataku, aku juga bergerak. Aku terus berlalu ke tempat yang dijanjikan. Makin lama aku memandu makin laju. Aku seperti mahu segera tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Azira.

Bersambung…..

No comments: