Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan aku nampak Azira
memakai jeans dan T-shirt. Itulah kali pertama aku melihat Azira berpakaian
sebegitu. Aku hon. Aku mahu Azira tahu aku sudah sampai. Aku lihat Azira
bangun. Bergerak. Dan datang ke arah keretaku. Aku memberhentikan keretaku.
Azira terus buka pintu dan masuk. Aku jadi hairan. Amat jarang sekali aku membiarkan
wanita masuk ke dalam keretaku tanpa aku buka pintu kereta. Walaupun aku sedar
seandainya wanita itu wanita Melayu, mereka pasti segera membuka sendiri pintu
kereta.
Aku
diam. Azira juga diam. Aku terus memecut. Aku sendiri tidak pasti ke mana.
Azira juga diam. Dia tunduk dan hanya memandang ke lantai keretaku. Aku jadi
hairan, apakah ada yang tidak kena dengan aku. Atau Azira. Atau keretaku. Atau
suaminya. Atau apa sahaja.
“Angel,
U dah makan?” Aku mula bicara walau aku rasa itu satu soalan yang bodoh. Azira diam. Dia memandang padaku. Aku sedang
memandu, mana mungkin aku balas kembali pandangan itu.Jika aku membalas pandangannya, maka aku akan menjadi bertambah bodoh.
“Kita
nak pergi mana ni?” Aku bertanya lagi.
“Mana-mana
pun boleh.” Azira jawab. Aku paling tidak suka jawapan mana-mana. Jawapan
sebegitu akan membuatkan aku terpaksa membuat keputusan dalam masa yang
singkat. Dan aku amat tahu, dalam masa yang singkat, keputusan yang bakal
dibuat pasti tidak tepat.
“Kedai
mamak boleh.” Itu aku bukan tanya sebenarnya, tapi aku mengemukakan cadangan
muktamad. Aku juga belum bersarapan. Aku juga paling gemar bersarapan di kedai
mamak pada hujung minggu.
“Angel…what
is the important matter?” Aku tanya. Azira memandang aku. Dia senyum. Senyuman yang
amat manis. Senyuman itulah yang membuatkan aku semakin rindu. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan manisnya senyuman tersebut.
Aku juga perasan, ada satu jerawat di bawah bibir kiri Azira. Dengan jerawat
itu, Azira jadi bertambah manis.
“Tak
adalah penting sangat.” Jawab Azira. Aku terus mendengar.
“I
marah dengan diri I. U sentiasa ada dalam otak I. I cukup benci bila jadi
begini. Tadi ketika I mandikan anak I pun I ingatkan U.” Jawab Azira. Aku
langsung tak faham. Apa yang Azira cuba katakan menjadi persoalan yang amat
sukar padaku.
“I
rindu U. I benci U. Benci dan rindu itu datang silih berganti.” Tambah Azira.
“So…”
Itu sahaja yang aku mampu tanya. So. Hanya So.Tapi hati aku gembira. Aku juga rindu pada Azira. Alangkah bodohnya jika aku hanya yang merindu sedang Azira tidak tahu. Bila kami sama-sama merindu....hati aku berbunga kembali.
“Kadang-kadang
I rasa I nak U mati. U pada I adalah orang yang merampas kebahagiaan I dengan
suami I dan anak-anak I.” Tambah Azira. Aku sedikitpun tidak terkejut. Mati
pada aku adalah perkara biasa. Orang yang hebat tidak akan mati secara total. Tuah, Jebat, Tunku,
Ngah Ibrahim, semua dah mati tapi masih disebut hingga kini.Sedangkan ada yang masih hidup, masih bernyawa...dah nampak macam dah mati. Jadi pada aku, mati hanya satu permulaan ke dunia lain.
Aku
tahu aku adalah lelaki tak berguna. Tetapi, bagaimana sekalipun aku tidak
berguna, aku tidak akan menjadi perampas isteri orang. Aku sanggup tunggu.
Sampai bila-bila. Kalau bukan dengan Azira, aku tidak akan jatuh cinta lagi.
Cukuplah dua kali….begitu menyiksakan.Jika Azira masih menjadi isteri orang...aku tunggu, tunggu, tunggu, dan tunggu serta tunggu. Kalau ditanya sampai bila...aku akan jawab sampai bila-bila.
“Macamana
U nak buat I mati?” Aku tanya Azira secara berseloroh.Kadang-kadang lawak bodoh mampu mengubah suasana. Malah orang yang selalu buat lawak bodoh, adalah orang yang amat bijak. Orang bodoh jika buat lawak....pasti kita rasa macam nak ludah.
“Racun,
pisau….ilmu hitam.” Aku beri cadangan. Azira diam. Diam. Aku tunggu. Azira
diam. Aku tunggu lagi. Azira diam lagi.Nampak macam lawak bodoh aku tak menjadi kali ini,
“I tak
nak U mati…I hanya nak U mati dalam jiwa dan fikiran I.” Jawab Azira. Aku tahu,
lama Azira mencari kata-kata untuk membentuk ayat tersebut.Kalau Azira nak aku mati dalam jiwanya...aku tak tahu bagaimana....aku sendiri pun sentiasa mahu singgah dalam jiwa dan rasa Azira.
Kami bersarapan. Bercakap kembali. Aku keliru. Azira keliru.
Kami terus keliru. Dan terus keliru. Akhirnya kami habiskan dua jam bersama.
Aku hantar Azira ke tempat aku ambil Azira tadi dan terus memecut kereta untuk
berjumpa isteriku. Aku tiba, bila cerita yang isteri dan anak-anakku tonton telah separuh berlaku.
“Semuanya
ok?” tanya isteriku. Aku diam. Aku meletakkan tangan atas bahu isteriku. Kupicit
bahu kanannya dan kucium pipi kirinya.
No comments:
Post a Comment