- Artikel yang lalu, saya mengatakan dari Gred 1-1 ke gred 1-6 (T15) akan mengambil masa 39 tahun. Untuk itu, kita perlu bekerja dari usia 21 tahun jika kita memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Sesuatu yang amat mustahil.
- Tetapi ada jalan pintas dalam SBPA. Jalan pintas ini dikenali sebagai kenaikkan gaji tahunan (KGT).
- Dalam KGT ada yang akan statik dan mendapat KGT di antara 5% ke 15%.
- Usah kita hiraukan yang statik. Itu bukan kumpulan kita. Kita adalah kumpulan yang akan menerima kenaikkan 5% ke 15%. Ayuh, kita tanamkan semangat itu. Sesiapa yang gagal tanamkan semangat itu, SILA JANGAN PILIH SBPA.
- Kalau kita perhatikan KGT dari satu T ke satu T minima adalah 5%. Maksudnya jika kita mendapat KGT 15%, kita akan melompat dari T1 ke T4.
- Ertinya untuk mendapat gaji maksimum di gred 1-1, kita hanya memerlukan 6 kali KGT 15%. Kemudian sekali di gred 1-2, sekali di gred 1-4, sekali di gred 1-5, dan dua kali di gred 1-6.
- Ringkasnya dalam masa 11 tahun kita sudah mendapat gaji maksimum di gred 1-6 iaitu RM11 ribu plus plus. Melambakkan!!!!!!!
- Masalahnya bagaimana nak dapat KGT 15%? Untuk mendapat KGT 15% penjawat awam perlu mencatat markah LNPT minimum 95%. Boleh atau tidak????
- Dalam SBPA, LNPT hanyalah 85%. Baki 15% dibahagikan kepada 3 bahagian yang dikenali sebagai Pingat Perkhidmatan Cemerlang. Bahagian pertama adalah sukan (5%), bahagian kedua adalah inovatif dan kreativiti (5%) dan bahagian ketiga adalah sumbangan masyarakat (5%).
- Jadi anda fikirkanlah sendiri bagaimana untuk dapat LNPT 95% tu. Kalau dapat, usia 37 dah dapat gaji 5 angka. Best 000000000
- Adios
Search This Blog
Saturday, December 10, 2011
SBPA - MENGURANGKAN ANGKA 39
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment