Cinta sebenarnya adalah satu perkongsian. Malangnya perkongsian memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Ada ketikanya, perkongsian lebih berbentuk memberi daripada menerima. Namun, memberi sebenarnya adalah satu langkah yang paling bijak untuk menaikkan darjat manusia. Guru memberi ilmu. Rasul memberi firman Allah. Namun ilmu dan firman tersebut terus bertambah tanpa sedikitpun terkurang. Malah ada yang tak sanggup untuk memberi tetapi akhirnya hayatnya tamat dalam kemiskinan. Lihat sahaja Qarun dan Firaun. Lantaran sedekah itu adakalanya dipanggil zakat. Sebabnya mudah, Allah mahu kita memberi. Malah memberi adalah satu perintah dari Allah.
Antara aku dan isteriku, aku rasa aku adalah orang paling bersedia untuk berkorban. Aku anak lelaki pertama dalam keluargaku. Berkorban telah menjadi sebahagian dari perjalanan hidupku. Yang hairannya, semakin banyak aku berkorban, aku menjadi semakin bahagia. Aku rasa dari awal perkahwinanku, aku sanggup berkorban apa sahaja untuk membuatkan isteriku tersenyum dan terus tersenyum. Aku pernah menolak untuk ke Jepun semata-mata aku tidak mahu untuk melihat isteriku sedih ketika mengandung anak sulungku. Untuk semua anak yang isteriku lahirkan, aku akan layan isteriku seperti seorang permaisuri. Aku biarkan isteriku hanya di bilik tidur. Aku akan hantar makanan 6 kali sehari. Aku buat semuanya. Untuk seorang permaisuri, aku adalah seorang hamba yang paling taat.
Antara aku dan Azira, pengorbanan menjadi kurang penting. Aku rasa Azira banyak berkorban untuk aku. Mencuri saat dan masa untuk menghubungiku, membelas SMS, merinduiku, dan terus mencintaiku adalah pengorbanan yang bukan sedikit. Aku tahu Azira akan menjadi wanita yang paling dikejar rasa bersalah. Azira akan rasa bersalah pada suaminya, pada anak-anaknya, pada isteriku, pada semua orang. Atau mungkin juga Azira akan rasa bersalah padaku. Atau mungkin juga Azira paling rasa bersalah pada dirinya. Namun aku juga faham, rindu dan cinta akan mengatasi segalanya. Bila rindu dan cinta berbicara, segala-galanya akan menjadi buta. Itulah yang terjadi padaku. Juga pada Azira.
Dalam bercinta yang paling perit adalah bila terpisah. Biarpun untuk sementara. Antara sabtu dan ahad, ada lautan rindu yang amat luas. Ada jurang tajam yang amat dalam. Hari minggu adalah bencana kepada sang pecinta. Kepada aku dan Azira. Aku benci hari minggu. Sabtu dan Ahad akan menyebabkan aku sukar mencari masa Azira. Masa Azira boleh berbual denganku. Membalas SMS ku tanpa mengguris hati suaminya. Bertambah parah, jika hari minggu bersambung dengan cuti umum. Aku benci dan terus benci pada cuti umum. Bukan kerana aku rajin, tetapi kerana cuti umum menambah derita rinduku pada Azira. Aku juga tahu, Azira juga rindu padaku.
Maka sepanjang cuti ini, aku coretkan rindu aku pada Azira pada dinding hatiku yang mula merekah.
14 Februari 2011
No comments:
Post a Comment