Search This Blog

Wednesday, January 25, 2012

Journal Cinta Kedua - Episod 12

14 Februari 2011

Lazimnya tarikh ini adalah tarikh setiap orang memperingati kekasih. Namun pada aku, hari-hari biasa adalah tarikh untuk aku mengingati Azira. Apalagi hari ini Isnin. Hari di mana aku selalunya amat malas untuk memulakan minggu kerja aku. Hanya setelah aku mula mengenali Azira, aku amat benci pada Sabtu dan Ahad. Sekarang, Isnin adalah hari untuk aku menatap wajah Azira sepuas-puasnya walau aku lihat jerawat semakin bertambah di wajah ayu itu.Semakin jerawat tumbuh, semakin pula aku rindu dan cinta pada Azira. Isnin juga adalah hari untuk aku lihat Azira kuntumkan senyuman yang amat manis. Walau sekarang aku lihat Azira jarang sekali mengenakan lipstik, senyuman Azira semakin manis. Mungkin hanya bagi aku. Mungkin aku telah buta. Buta dipanah cinta Azira.

Hari ini dari pagi sampai ke petang entah berapa kali aku menelefon Azira. Kalau dihitung jumlah masanya hampir 3 jam. Kalau dihitung jumlah panggilanya mungkin lebih banyak dengan bilangan jari tanganku. Namun aku masih ingin menghubungi Azira. Aku masih ingin untuk menghantar SMS buat Azira. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa. Dalam hatiku ada Azira. Dalam jiwaku ada Azira. Dalam kepalaku ada Azira. Dalam semua yang aku ada pasti ada Azira.

Lepas waktu pejabat aku ke bilik Azira. Aku sendiri sekali lagi tidak tahu kenapa. Azira senyum melihat aku melangkah masuk. Aku suka melihat senyuman itu. Orang di sekeliling akan memandang aku semacam. Aku selalunya tidak peduli. Aku hanya mahu melihat Azira kerana aku tidak pernah jemu melihat wajah ayu itu. Tak lebih daripada itu. Aku orang Islam. Sekalipun Azira menawarkan dirinya, aku yakin, aku mampu menolaknya. Itu aku amat yakin. Kerana aku yakin solatku diterima. Selalunya kami akan berbual sehingga jam 6.30 petang. Bila pejabat mula kosong, aku dan Azira akan berpisah. Secara fizikal. Di hati kami masih bersama.

Setengah jam aku meninggalkan pejabat, telefonku berdering. Aku tahu itu Azira. Isteriku hanya akan telefon jika aku tidak pulang selepas jam 7.00 malam. Aku angkat. Lembut suara yang menjawabnya. Manja bukan kepalang.
"U, kalau kereta I habis minyak U datang tak?" Azira tanya aku. Antara pertanyaan atau ujian.
"Jangankan habis minyak, kereta U kurang angin pun I pergi kat U." Aku jawab.
"I dekat Kinrara ni, kereta habis minyak." Pinta Azira. Betul-betul rupanya. Aku terus memusingkan keretaku. Dari Nilai aku terus ke Kinrara. Jam dah 7.30 malam. Aku singgah di petrol pam yang pertama aku jumpa. Aku beli 8 liter minyak.
Aku telefon Azira. Aku bimbang, hari dah nak gelap.
"Tunggu, I solat jap, 20 minit I sampai." Aku cuba yakinkan Azira. Walhal, aku bukannya biasa dengan Kinrara.
"Ok..cepat sikit tau." Pinta Azira.
Lepas solat aku pecut. Solatku aku hanya buat semua yang rukun. Tiada ayat tambahan, tiada tahiyat awal. Aku hanya perlukan 22 minit untuk sampai ke tempat Azira. Hairan. Ada bantuan yang menyebabkan aku tidak tersesat.

Aku terus tuangkan petrol dalam tangki Azira. Azira hidupkan enjin keretanya. Dan vios hitam itupun hidup.
"Nak minum dulu tak? I belanja!" Tanya Azira.
"Tak apalah dah malam, U mesti penat." Aku jawab selamba. Namun dalam hatiku memaki diriku sendiri. Bodoh..kenapa kau tolak. Terima lah. Cuma akal dan fikiranku tersenyum. Kata akal dan fikiranku..Tahniah, kau berjaya mengelak dari menjadi lelaki yang semakin tidak berguna.

Dari jauh Azira melambai kepadaku. Aku lambai semula. Azira dan vios hitamnya sekejap sahaja ditelan pekat malam. Aku pun berlalu. Aku pulang kepada isteriku. Aku senyum. Bukan kerana hari ini adalah hari paling lama aku bersama Azira. Kerana aku mampu mengelak keluar malam dengan Azira. Aku tahu, aku tidaklah menjadi seratus peratus lelaki yang tidak berguna.

15 Februari 2011

Bersambung.....

No comments: