- Kebiasaannya pada awal tahun saya akan menghadapi kesibukkan yang kadangkala sukar untuk saya urus. Kesibukkan ini akan menyebabkan penulisan saya di blog ini sedikit terjejas.
- Dalam menterjemahkan sebuah kisah cinta yang kontroversi ini saya perlu memerah otak hingga ke satu peringkat yang kadang-kadang sukar saya sendiri fahami. Maka, kesibukkan akan menjadi penghalang kepada fantasi sebegitu.
- Ketika saya mempunyai masa senggang yang banyak, saya mampu untuk merealisasikan watak-watak yang saya cipta. Sehingga, saya sendiri menjadi percaya tentang apa yang saya reka. Maka, jika pembaca mempercainya, saya amat berterima kasih.
- Untuk mengangkat sebuah kisah cinta menjadi cerita, saya perlu mencari di mana dilemma dalam cinta tersebut. Saya mahu pembaca mencari watak antoganis, dan watak putih dalam cerita saya. Sehingga ada yang nampak cinta "Aku", "Isteri" dan "Azira" adalah satu kisah yang menyakitkan. Bukan sahaja untuk dirasai, malah untuk membacanya.
- Mana mungkin saya mengangkat sebuah cinta biasa menjadi cerita cinta. Kisah "A" yang berkenalan dengan "B", berkawan, bertunang, berkahwin, beranak-pinak, dan kemudian mati. Semuanya lancar dan amat biasa. Yang biasa itu hanyalah cinta.....bukan sebuah kisah cinta.
- Juga mana mungkin saya mengangkat sebuah cinta yang ekstrem. Kisah "A" bercinta dengan "Anak Raja" yang kaya raya. Mula-mula menolak...lama-lama kahwin. Itu cerita filem Melayu era 70an. Saya mahu bebas dari kepompong begitu.
- "Aku", "Azira", "Ain", "Isteri" adalah watak-watak yang selari dengan watak-watak yang ada di sekitar saya. Melalui watak sebenar, saya perincikan watak dalam Journal Cinta Kedua. Saya sebenarnya meniru gaya Jacky Collin dalam membuat perincian watak.
- Jika anda pernah membaca naskah "Catatan Seorang Mat Despatch" anda akan dapati saya meniru gaya penulisan tersebut. Saya akui saya amat terpengaruh dengan gaya penulisan naskah itu....dan sebenarnya gaya penulisan ini berasal dari naskah "Anak Desa Simantan."
- Saya ingin bertanya pembaca semua...lantaran saya bukan seorang guru Bahasa Melayu...Berapa ramai guru Bahasa Melayu yang boleh menghasilkan penulisan begini? Sedang merekalah yang mengajar kita untuk menulis. Maka, saya tampil untuk menjadikan penulisan PERCUMA INI SEBAGAI SATU RIADAH FIKIRAN.
- Journal Cinta Kedua berhenti seketika sehingga saya mempu menyambung kisah seterusnya. Sekiranya pembaca sekalian ingin menyambung cerita ini, emailkan sambungan cerita anda. Saya akan terbitkan sambungan kisah tersebut dan mencatatkan nama anda sebagai penulis siri tersebut. Anda menulis satu siri, anda akan membuatkan 4,000 pembaca blog ini berfikir.
- ADIOS
Search This Blog
Tuesday, January 3, 2012
Journal Cinta Kedua - The Interval
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment