Search This Blog

Thursday, February 2, 2012

PENANGGUHAN SBPA - KESAN KE ATAS PERSARAAN


  1. Apabila Kabinet membuat keputusan untuk mengkaji semula SBPA, secara umumnya seluruh penjawat awam percaya ada kebaikkan yang akan mereka perolehi sebaik sahaja SBPA yang baru dilancarkan. Ada sebahagian lagi penjawat awam akan terus membuat keputusan bahawa SBPA yang ada pada masa ini lari daripada objektif sebenarnya. Dalam kata lain, SBPA gagal untuk memenuhi seluruh aspirasi   penjawat awam.
  2. Saya akan mengulas satu kesan daripada penangguhan SBPA. Kesan keatas pengurusan persaraan penjawat awam.
  3. SBPA sebenarnya akan menjana faedah pada akhir perkhidmatan untuk setiap penjawat awam melalui 'exit policy' yang begitu komprehensif. Setiap penjawat awam akan menikmati faedah persaraan sehingga usia 60 tahun.
  4. 'Exit policy' SBPA sebenarnya meletakkan unsur keadilan yang amat tiada tolok banding. Anda boleh bersara pada umur 55, 58, atau 60 tahun. Ganjaran anda akan dikira sehingga umur anda 60 tahun, dengan syarat anda memilih untuk bersara pada usia 60 tahun.
  5. Secara tidak langsung SBPA telah menambah imbuhan ganjaran di antara 10% - 30% bagi setiap penjawat awam. Dari segi nilai, wang ganjaran pencen akan bertambah di antara RM5000 hingga RM100,000 mengikut gred penjawat awam.
  6. SBPA dilihat sebagai polisi saraan yang mengenang budi. Jika penjawat awam, dibuang kerja di bawah SBPA, tempoh perkhidmatan penjawat awam tersebut akan diambil kira. Bayaran pencen dan wang ganjaran tetap diterima. Malahan perkiraan jumlah bayaran akan mengambilkira usia persaraan paksa penjawat awam tersebut. 
  7. SBPA membenarkan 'free flow' kepada penjawat awam. Boleh keluar, masuk, keluar, dan masuk semula ke sektor awam. Ketika keluar, faedah persaraan diterima. Ketika masuk, faedah persaraan dikira. Maka faedah persaraan terus bergerak dalam SBPA. 
  8. Masalahnya ketika ini, apakah keputusan rasmi tentang SBPA. Jika ditangguhkan, kata ditangguhkan. Jika dikaji semula, kata dikaji semula. Penjawat awam sehingga kajian semula SBPA selesai akan terikat di bawah skim saraan yang mana satu? SBPA atau SSM?
  9. Agensi atau entiti manakah yang boleh mengesahkan kesahihan perkaran di atas? Kalau semua berdiam diri, pada siapakah 1.4 juta penjawat awam untuk mencari jawapan yang pasti kepada persoalan ini?
  10. Persoalan ini perlu dijawab segera, memandangkan akan ada penjawat awam yang memilih usia persaraan paksa 60 tahun semata-mata untuk menerima faedah SBPA, tetapi mahu bersara mulai Januari 2012 hingga April 2012. Jangan biarkan hidup golongan ini diselubungi misteri!!!!!!!

No comments: