Search This Blog

Sunday, February 5, 2012

SBPA - FAKTOR PENENTU KEJAYAAN PERLAKSANAAN


  1. Apabila Kabinet mengumumkan SBPA dikaji semula ( atau ditangguhkan ) selama 4 bulan, ini adalah gambaran yang jelas tentang pembentukan satu polisi yang gagal menggabungkan beberapa isu kecil semasa perancangan perlaksanaan.
  2. Antara isu yang amat diungkit dan gagal dirungkaikan adalah jadual pemindahan gaji. Kesan kaedah pemindahan gaji ini akan menyebabkan sebahagian besar senioriti penjawat awam menjadi tidak siknifikan lagi. 
  3. Pada satu bahagian lagi, ada penjawat awam yang cukup gembira kerana mereka telah sama taraf dengan senior-senior yang kini akan menerima gaji yang sama.
  4. Golongan di para 2 akan merungut dan terus merungut. Golongan di para 3 akan terus tersenyum dan tersenyum. Malah golongan ini akan marah jika SBPA dikaji semula.
  5. Persoalan utama, apakah senioriti siknifikan dalam perkhidmatan awam? SBPA yang dilaksanankan pada 01 Januari 2012 menunjukkan senioriti adalah sifar makna. Dalam bahasa kasar...ORANG LAMA ADALAH SATU BEBAN KEPADA ORGANISASI.
  6. Mungkin maksud SBPA bukan begitu. Namun maksud sebenar menjadi tidak penting apabila ada ramai orang yang merasakan begitu. Maka SBPA kepada orang lama adalah satu PENGHINAAN KEPADA PENGALAMAN.
  7. Cadangan baru yang dikemukakan oleh CUEPACS adalah untuk mengekalkan senioriti dalam skala pemindahan gaji. Dalam bahasa bodohnya YANG LAMA BEKERJA, DIBAYAR LEBIH DARIPADA YANG BARU BEKERJA. 
  8. Saya sendiri hairan, bagaimana dasar asal SBPA menolak senioriti. Apakah yang sebenarnya ada dalam kepala pembuat dasar ini? Alasan yang diberikan adalah kekangan kewangan. Namun apabila melihat kenaikkan gaji JUSA dan PREMIER, terasa seperti kekangan kewangan hanya sekadar menjadi satu alasan. 
  9. Maka, saya jangkakan, SBPA selepas dikaji semula hanya dan hanya akan boleh berjaya sekiranya dasar baru SBPA mengambilkira senioriti dalam jadual pindahan gaji. Maka, jika pembuat dasar akan datang ingin melakukan perubahan, jangan sesekali mengenepikan faktor-faktor kecil dalam perkhidmatan.
  10. Sistem saraan ini sebenarnya dibuat untuk manusia. Maka soal hati, perasaan, kekitaan, dan soal-soal lain tentang kemanuisaan tidak boleh diketepikan. Manusia mempunyai fikiran dan akal. Namun harus diingat, manusia juga mempunyai perasaan. ADIOS

No comments: