- CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan.”
- cuepacs dalam tugasan ini akan cuba merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.
- CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, CUEPACS juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.
- CUEPACS percaya seandainya penambahbaikan tidak berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam berterusan malahan akan menjadi semakin parah.
- Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lebih banyak tempat kepada pemimpin tertinggi CUEPACS bagi menganggotai pasukan khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan CUEPACS diperlukan untuk manfaatkan SBPA sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat lebih 1.3 juta ahli mereka di seluruh negara.
- CUEPACS sebelum ini meminta supaya tiga lagi pemimpin kanan mereka menganggotai pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.
- Jika dinilai perkara 1 hingga 6, maka kita akan dapat melihat bahawa CUEPACS mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan hasrat penjawat awam selama ini.
- Sebagai badan yang telah begitu lama berjuang untuk penjawat awam, CUEPACS dilihat ikhlas dalam perjuangannya. Malah CUEPACS juga dilihat lebih memahami kehendak penjawat awam berbanding organisasi lain.
- Maka, saya amat percaya CUEPACS akan mengambilkira semua faktor penting sebelum mengemukakan cadangan balas pemindahan gaji sebaris ini. Saya juga percaya kredibiliti Tan Sri Ismail Adam dalam 'negotiation' akan akan berteraskan 'win-win situation'.
- Akhir sekali, saya juga percaya seluruh penjawat awam lebih mengharapkan bantuan CUEPACS daripada organisasi lain dalam merealisasikan hasrat mereka. Malah, seluruh penjawat awam juga amat tidak sabar menanti perkembangan ini. ADIOS
Nota : (1) hingga (6) diambil dan diolah semula daripada blog rasmi CUEPACS
No comments:
Post a Comment