Search This Blog

Monday, March 19, 2012

PEMBATALAN SBPA - GOLONGAN YANG PALING TERKESAN


  1. Apabila saya mengkaji semula semua pekeliling SBPA saya dapati pembatalan SBPA akan merugikan dua kumpulan dalam perkhidmatan awam. Dengan menggunapakai SSM semula, kerugian ini sebenarnya tidak boleh dikembalikan kepada golongan ini.
  2. Kumpulan pertama sudah tentulah Kumpulan JUSA dan Premier. Namun, kerugian kepada kumpulan ini adalah merupakan kerugian jangka pendek tetapi menjadi kerugian jangka panjang kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional. Saya percaya, kumpulan ini tidak akan merasa kerugian kerana jumlah pendapatan mereka sebenarnya telah besar. Kumpulan ini di bawah SSM telahpun menerima 5 digit jumlah pendapatan kasar.
  3. Kerugian jangka panjang sebenarnya berlaku kepada kumpulan bahawan. SBPA telah menaiktaraf pengambilan lulusan sekolah rendah kepada kumpulan yang berkelulusan SRP/PMR atau setaraf. Dalam erti kata lain, dengan SBPA gaji mati minimum bagi semua penjawat awam akan melebihi RM2500 sebulan. 
  4. Dijangka sebelum 2020 akan terdapat dua kali lagi naiktaraf jawatan rendah akan berlaku. Pertama pada tahun 2015 iaitu manaiktaraf kumpulan SRP/PMR atau serataf kepada perjawatan SPM atau setaraf. Ini bererti gaji mati minimum bagi semua penjawat awam akan berada sekitar RM4000 sebulan.
  5. Naiktaraf kedua akan dilakukan sebelum 2020 dengan menaiktaraf lulusan SPM atau setaraf dengan lulusan Diploma atau setaraf. Kenaikkan ini secara langsung akan meningkatkan gaji mati minimum penjawat awam di sekitar RM6000 sebulan. 
  6. Dengan SBPA pada tahun 2020, tidak akan ada lagi pengambilan penjawat awam yang tidak memiliki diploma atau setaraf. SBPA sebenarnya meninggikan darjat penjawat awam melalui sistem pengambilan dan bayaran yang setimpal.SBPA juga sebenarnya selari dengan perkembangan pendidikan negara. Hari ini, hampir semua remaja berlulusan diploma atau setaraf. SBPA akan membuka ruang kepada golongan ini untuk menyertai perkhidmatan awam.
  7. SBPA sebenarnya membuka ruang kepada lulusan diploma yang gagal mendapat jawatan yang setaraf untuk menerima bayaran yang setimpal. Ketika ini banyak lulusan diploma yang menerima gaji di gred 17 kerana kekurangan perjawatan di peringkat diploma atau setaraf. Hanya SBPA yang mampu mewujudkan sistem sedemikian.
  8. Bayaran yang terlalu tinggi di peringkat atasan juga sebenarnya akan mewujudkan persaingan yang sangat kompetetif untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Impaknya, hanya golongan yang benar-benar layak bakal menduduki kerusi JUSA dan Premier dalam SBPA. 
  9. SBPA akan mewujudkan budaya kerja yang berdaya saing tinggi kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pastinya akan menyerlahkan bakat mereka. Justeru, kesemua anggota perkhidmatan awam daripada kumpulan ini akan mewujudkan badaya kerja yang kompetetif.
  10. Malangnya, kita sebagai manusia selalunya gagal untuk menghalusi sesuatu perkara kerana kita selalu sahaja membandingkan apa yang kita dapat dengan apa yang orang lain dapat. Sehinggakan kita lupa, kita dan orang lain itu jaraknya amat besar. Maka, kitapun lupa untuk melihat kebaikkan yang sebenarnya dibuat untuk kita kerana kita terlalu asyik melihat kehebatan yang mereka terima. ADIOS

No comments: