Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

KRISIS PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH - SEBALIK TABIR


  1. Kedah adalah tanah tempat lahirnya Bapa Kemerdekaan Malaysia. Di Kedah juga lahir Bapa Pembangunan Malaysia. Malah, nama-nama besar pemimpin PAS juga lahir di Kedah. Nama pahlawan UMNO yang menentang dasar-dasar UMNO dari dalam juga lahir di Kedah. Nama-nama seperti Sulaiman Palestin, Sanusi Junid, malah Tun Daim juga dilahirkan di Kedah.
  2. Selepas pilihanraya tahun 1955, Kedah tidak pernah dikuasai sepenuhnya oleh BN. Sekarang juga Kedah tidak dikuasai sepenuhnya oleh PAS. Parti-parti lain seperti Keadilan, DAP, KITA, dan sebagainya hanya mampu bermimpi untuk menakluki Kedah. Di Kedah, sebenarnya hanya PAS bertarung dengan UMNO.
  3. Maka amat menghairankan, kenapa perlu ada Anwarinas dalam PAS di Kedah. PAS di Kedah sebenarnya cukup padu. PAS cukup dominan. PAS di Kedah boleh berdiri sendiri. Tanpa Keadilan dan DAP, PAS Kedah sebenarnya akan menjadi lebih kuat. Malahan dengan kehadiran Keadilan dan DAP, PAS hanya menjadi 'isteri yang digantung tidak bertali'.
  4. Jika PAS Kedah begitu kukuh, mengapa perlu PAS Kedah akur kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak pernah wujud. Malah Pakatan Rakyat itu sendiri tidak pernah mendapat restu dari majoriti rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat hanya satu 'tool' untuk mengaburi mata rakyat Malaysia melalui cacian, fitnah, dan adu-domba juak-juak Anwar dalam PAS, Keadilan, dan DAP.
  5. Segagah manapun PAS di Kedah, PAS Pusat tetap akur dengan kehendak Anwar. Israil dipilih Anwar, Israillah dipilih PAS Pusat. Malah Anwar dilihat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan di mana PAS bertanding, dan di mana juak-juak Anwar dalam Keadilan akan bertanding. PAS pusat hanya boleh buat satu perkara. Mengangguk dengan penuh khusuk.
  6. Gula-gula yang digunakan adalah kita akan menang pilihanraya tahun ini. PAS sebenarnya tidak percaya yang mereka boleh menang. Dari tahun 1955 hingga pilihanraya yang lalu, PAS hanya boleh menang di Kelantan dan sekali dapat Terengganu. Kemudian, dengan bantuan Anwar, PAS dapat Kedah dan Perak. Biarpun sekejap, ada orang PAS yang jadi Dato' Seri di Perak.
  7. Maka, orang-orang PAS terus berangan untuk dapatkan semula Terangganu, Perak, Johor, dan Perlis. Malah ada pemimpin PAS di negeri yang percaya jika Presiden PAS tidak memilih mereka, Ketua Umum Keadilan akan mengangkat mereka menjadi MB. 
  8. Pada golongan sebegini, MB itu lebih penting daripada Kuasa MB itu sendiri. Modus operandi begini sebenarnya telahpun digunakan oleh penjajah ketika melantik orang-orang besar Melayu ketika kita dijajah dahulu. Idea ini diulang kembali kali ini.
  9. Jika PAS Kedah dijadikan kayu pengukur, maka undian untuk PAS adalah satu tindakan yang sia-sia. Undian tersebut bukannya diberikan kepada PAS, sebaliknya kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak pernah wujud. Untuk makluman semua, ketua pembangkang, bukan ketua Pakatan Rakyat.
  10. Dalam kempen pembangkang anda tanya tiga soalan ini. Jika menang siapa jadi MB?  Jika kalah, siapa jadi Ketua Pembangkang? Jika menang besar di kerusi Perlimen, siapa akan jadi Kabinet? Percayalah cakap saya, soalan-soalan ini tidak akan berjaya dijawab. Maksudnya pembangkang tidak pernah ada rancangan pentadbiran, sebaliknya mereka hanya merancang untuk menang pilihanraya. ADIOS

No comments: