Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

PEMBATALAN SBPA VS KEMBALI KE SSM - MAKNA TERSIRAT


  1. Sebelum ketibaan Januari 2012, 1.4 juta penjawat awam begitu teruja dan tidak sabar menantikan rahsia dan makrifat SBPA. Malangnya, sebaik sahaja SBPA diumumkan, segala rahsia yang dinanti-nantikan hanya membawa duka lara dan gundah gulana.
  2. Walau bagaimanapun, ada juga golongan yang tersenyum dengan pengenalan SBPA. Golongan tersebut adalah golongan pemimpin utama dalam perkhidmatan awam. Malangnya, bilangan kumpulan ini terlalu sedikit. Apabila hanya sedikit yang gembira, dan yang gundah gulana terlalu ramai, maka secara metamatiknya, golongan yang gembira akan menjadi sifar.
  3. Dalam satu forum SBPA, ada penjawat awam yang bertanya mengapa nama skim saraan di Malaysia selalu berubah. Penjawat awam berkenaan mencadangkan agar Malaysia hanya perlu mempunyai satu sistem saraan iaitu SSM. 
  4. Nama SSM sebenarnya tidak perlu berubah, hanya perlu diubah adalah kandungan SSM. Apa sebenarnya yang kurang dalam SSM. Masalah tersebut perlu diperbaikki. Sebagai contoh, SSM mempunyai skim gaji mati pada tahun-tahun tertentu. Jika, seorang penjawat awam naik pangkat ke gred 54 pada usia 40 tahun, penjawat awam berkenaan akan berada di gaji mati pada usia 45 tahun. Ertinya, selama 15 tahun penjawat awam berkenaan tidak akan menerima kenaikkan gaji. Ini setaraf dengan penjawat awam yang prestasinya statik. Soal begini yang perlu diperbaiki.
  5. Banyak lagi contoh lain yang diberikan oleh penjawat awam tersebut. Saya sebenarnya amat tertarik ketika beliau berhujah. Tetapi kerana beliau hanya seorang penjawat awam biasa, maka pandangan bernas beliau dipandang sepi. Akibatnya, SBPA terus ingin dilaksanakan. 
  6. Saya rasakan begiti, mungkin golongan pemimpin dalam perkhidmatan awam hari ini terlalu ingin mencipta nama dalam sesuatu tugasan. Golongan ini mungkin percaya jika SBPA itu buah tangan mereka, peluang mereka naik pangkat akan cerah. Nilai keikhlasan dengan sendirinya terhakis. Yang tinggal bukan lagi idea bernas, sebaliknya idea mempromosi diri semata-mata.
  7. Teringat ketika saya menghadiri satu konferen internasional mengenai pengurusan sumber manusia akhir tahun 2011. Seorang pembentang kertas kerja telah memberikan satu petikan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Katanya .."PRESTASI ORGANISASI AKAN MELONJAK JIKA KITA TIDAK KISAH SIAPA YANG AKAN MENDAPAT PUJIAN". Kes SBPA menampakkan kebenaran kata-kata ini.
  8. Dalam konferen yang sama juga, seorang pembentang kertas kerja mengatakan begini. "DALAM SEBUAH ORGANISASI SENTIASA ADA PEMBERI IDEA. JUMLAH GOLONGAN INI SELALU MENJADI SIFAR KERANA DALAM ORGANISASI SEBENARNYA LEBIH RAMAI YANG MENJADI PEMBUNUH IDEA." Kata-kata ini sememangnya selalu benar.
  9. Untuk perkara (7) dan perkara (8) saya mahu anda menilainya di organisasi anda. Jika benar atau sebaliknya, seandainya anda sudi, masukkan jawapan anda pada bahagian komen halaman ini. Sesungguhnya saya amat terbuka kepada pendapat semua pembaca blog ini. Saya sedar, tanpa pembaca, blog ini sebenarnya akan hilang makna. Andalah yang sebenarnya menulis dalam blog ini. Saya hanya merakam apa yang anda semua fikirkan.
  10. Terima kasih dan ADIOS.

No comments: