- Minggu ini antara isu utama di dada-dada akhbar adalah isu gaji pembantu rumah dari Indonesia. Isu ini hampir menenggelamkan isu desakan untuk KSN dan KPPA meletak jawatan. Saya melihat isu gaji RM700 ini sebagai satu gurauan kasar dari pemerintah sebuah negara yang gagal untuk membayar gaji untuk pegawai berijazahnya sebanyak Rp 2 juta.
- Sebenarnya RM700 ini bukan satu jumlah yang besar bagi rakyat Malaysia. Satu flight golf mungkin berharga RM1000. Itupun hanya untuk dinikmati selama 4 jam. Maka RM700 untuk membayar gaji bibik sebulan adalah satu jumlah kecil untuk rakyat sebuah negara yang ditakbir urus dengan cemerlang ini.
- Yang menjadi isu di sini adalah satu bibik satu kerja. Itu memang amat kelakar. Lebih kelakar dari kumpulan lawak Indonesia yang membuat lawak dalam Maharaja Lawak Mega, Kumpulan Bawel.
- Apakah wanita Indonesia yang datang untuk menjadi bibik ini terlalu istimewa? Apakah untuk menjadi bibik di Malaysia, wanita Indonesia ini diwajibkan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Rumahtangga atau Sains Pemakanan? Kalau tidak mengapa gaji yang dipinta lebih tinggi dari daripada gaji guru di Indonesia iaitu sekitar RM380.00 sebulan?
- Sejarah orang gaji sebenarnya adalah golongan yang darjatnya hanya tinggi sedikit daripada hamba. Orang gaji diberi makanan percuma. Diberi pakaian percuma dan tempat tinggal percuma. Maksudnya, orang gaji dibayar secara langsung melalui gaji dan secara tidak langsung melalui tempat tinggal, pakian, dan makan-minum. Itu tidak termasuk rawatan perubatan dan percutian.
- Jika bibik dibayar RM700 sebulan, kos makan-minum RM300 sebulan, kos pakaian RM100 sebulan, kos tempat tinggal RM200 sebulan, dan kos perubatan RM50 sebulan. Jika diambil kira kos percutian minimum mungkin bernilai RM100 sebulan. Maka jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh seorang majikan adalah RM1450 sebulan. Jumlah ini sebenarnya lebih besar dari pendapat seorang pembantu tadbir dalam perkhidmatan awam di bawah SBPA yang dibatalkan.
- Walau bagaimanapun, jumlah RM1450 bukanlah satu jumlah yang besar bagi lebih 70% rakyat negara yang ditabdir oleh pemerintah (BN) yang bijak ini. Persoalannya, apakah jumlah yang dibayar ini mendapat perkhidmatan yang setimpal (best value for money)?
- Dengan jumlah RM1450 kita sebenarnya boleh membayar harga bulanan sebuah Proton Inspira 2.0 atau Honda Freed, atau Mercedes C200 Compressor tahun 2005 atau sebuah Harley Dividson 1572 c.c. Kesemua benda-benda yang disebutkan di atas tersebut, jauh...malah sangat jauh kelebihannya jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan seorang bibik yang bodoh-bodoh cerdik dari Indonesia.
- Apa pula yang boleh kita miliki dengan bayaran RM700 sebulan? Proton Persona 1.6 AT, atau Honda City 1.5, atau Peugeot 206, atau Mazda 2, atau sebuah rumah teres satu tingkat di Seremban, Flet 3 bilik di Serdang, atau macam-macam lagi. Value for money untuk semua barang di atas amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan value seorang bibik! Setujukan.
- Saya ingin bertanya, mahukah anda menukar barang-barang berharga anda dengan seorang bibik Indonesia? Bibik yang sukar memahami arahan anda kerana tahap pendidikan yang hampir sifar. Bibik yang asyik bersungut jika diarah kerja kerana tahap pergaulan sosial yang hampir sifar. Bibik yang suka pijak kepala boss kerana terkejut dengan kekayaan kita. KITA!!! IAITU RAKYAT SEBUAH NEGARA YANG DITADBIR DENGAN BN DENGAN BEGITU BIJAK DAN BERJAYA. Adios.
Search This Blog
Saturday, March 17, 2012
RM700 GAJI BIBIK - SATU GURAUAN KASAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment