- Saya difahamkan antara intipati SBPA adalah untuk menarik bakat-bakat hebat ke perkhidmatan awam. Persoalannya, apa itu bakat hebat? Apakah kaedah untuk mengenalpasti bakat hebat? Apakah elemen-elemen yang perlu ada pada seorang individu untuk menjadi bakat hebat?
- Saya bawa pembaca semua menganalisis sebuah organisasi yang sentiasa menjana keuntungan besar. Petronas. Hebat atau tidak kakitangan Petronas? Petronas adalah sebuah organisasi yang diilhamkan untuk menstabilkan harga petroleum di Malaysia. Maka objektifnya bukanlah untuk menjana keuntungan yang bernilai berbillion ringgit. Saya lontarkan satu soalan, jika dilihat dari segi pola kenaikkan harga minyak di Malaysia, apakah objektif Petronas tercapai?
- Organisasi yang gagal mencapai objektif adalah organisasi yang tidak hebat. Maka adalah mustahil bagi sebuah organisasi yang tidak hebat mempunyai kakitangan yang hebat. Pasti sakit hati apabila kita memikirkan gaji mereka besar sedangkan mereka hanya bekerja 4.5 hari seminggu.
- Mungkin ada teori yang menyatakan terdapat korelasi langsung di antara sistem saraan dengan kualiti penjawat awam. Pada era awal merdeka, Malaysia mempunyai sistem saraan yang dikenali sebagai Laporan Kabinet (LK), diikuti oleh SSB, seterusnya SSM, dan akhir sekali SBPA. Disebabkan perlaksanaan SBPA dibatalkan, maka sistem saraan perkhidmatan awam sekarang kembali kepada SSM. Persoalannya, sistem mana yang lebih baik?
- Jika SSM lebih baik daripada SSB, dan SSB lebih baik dari LK, maksudnya secara automatik kualiti penjawat awam sekarang semakin bertambah. Namun, kita mungkin tidak sedar, semua pemimpin utama perkhidmatan awam di Malaysia berasal dari LK. Malah mungkin hanya ada satu atau dua JUSA yang berasal dari SSB. Ini menunjukkan dalam menentukan kualiti penjawat awam, pengalaman lebih penting daripada sistem saraan.
- Seterusnya saya ingin bertanya, benarkah sistem saraan yang baik akan menarik bakat-bakat hebat ke perkhidmatan awam? Kita sendiri sering mendengar, beribu-ribu lulusan hebat SPM yang melalak kerana gagal mendapat biasiswa Kerajaan. Golongan ini sebenarnya bukan sahaja mahu belajar secara percuma, tetapi mahu jaminan berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Malah ketika itu SBPA belum difikirkan pun. Itu menunjukkan bakat sebenarnya sedang menunggu untuk masuk ke dalam perkhidmatan awam tanpa mengira sistem saraan yang berkuatkuasa ketika itu.
- Gaji memang menjadi nadi dalam apa jua bentuk sistem saraan. Gaji sebenarnya berkolerasi langsung dengan gred perjawatan dan pengalaman kerja. Gaji dibayar lebih kepada kumpulan pemikir daripada kumpulan pelaksana. Ini adalah kerana memikir menuntut ilmu yang lebih tinggi, siknifikan, dan terkini, sedangkan melaksana tidak memerlukan sebarang ilmu yang tinggi hanya pengalaman kerja yang sedikit.
- Gaji sebenarnya boleh ditingkatkan tanpa mengubah sistem saraan. Kanaikkan gaji lebih berkolerasi dengan kemampuan kewangan kerajaan. Seandainya negara mempunyai lebihan pendapatan, maka masalah untuk menaikkan gaji kakitangan awam akan menjadi sifar. Untuk menambah pendapatan negara, keluaran dalam negara kasar perlu ditingkatkan. Untuk meningkatkan KDNK, bukan hanya penjawat awam, tetapi keseluruhan manusia (warganegara dan bukan warganegara) dalam Malaysia perlu meingkatkan produktiviti ke tahap optimum. Maka, kenaikkan gaji dan sistem saraan sebenarnya tidak mempunyai korelasi yang siknifikan.
- Gaji individu boleh ditingkatkan dengan pelbagai cara. Jika penjawat awam merasakan kualiti mereka terlalu baik, mereka sebenarnya boleh meninggalkan perkhidmatan awam dan menyertai syarikat mutinasiona atau terjun ke dalam dunia korporatl. Pasti gaji mereka akan meningkat. Itu pun jika mereka dikehendaki. Saya amat percaya, pemimpin-pemimpin penjawat awam amat diperlukan di sana.
- Persoalannya, mengapa begitu ramai pemimpin-pemimpin dalam perkhidmatan awam di Malaysia yang memilih untuk terus menyambung kontrak dalam perkhidmatan awam walaupun telah lama bersara sedangkan ketika itu SBPA belum dilaksanakan? Fikirkanlah!!!!ADIOS
Search This Blog
Monday, March 12, 2012
SISTEM SARAAN DAN KUALITI PENJAWAT AWAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment