- Bersih 3.0 yang dicemari dengan keganasan, bahasa kotor, pencipta kerugian besar dan segala macam bau negatif telah menyebabkan hakisan sokongan kepada salah satu gabungan parti politik yang secara langsung terlibat sebagai penganjur Bersih 3.0. Malah pengakuan pemimpin utama parti tersebut yang telah menaja sebahagian besar peserta demonstrasi menggambarkan niat sebenar parti tersebut yang semata-mata mahukan kuasa melebihi segala-galanya.
- Ada pemimpin daripada parti tersebut dengan beraninya mengeluarkan fatwa dengan mengatakan menyertai Bersih 3.0 adalah wajib. Secara tidak langsung, pemimpin tersebut turut mengatakan bahawa melakukan keganasan, menghina anggota keselamatan, mencederakan anggota polis, wartawan, dan segala macam bencana lagi adalah wajib.
- Dengan fatwa yang melalut dan 'pengakuan berani mati menaja peserta demonstrasi', parti tersebut telah gelabah kerana sedar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam di Malaysia mula mengetahui erti sebenar perjuangan mereka. Rakyat mula tahu tembelang sebenar pemimpin-pemimpin parti tersebut yang kini telah mula khayal dengan kuasa untuk memerintah sesuka hati.
- Tamat sahaja Bersih 3.0, berlaku penghijrahan ahli parti tersebut kembali kepada UMNO. Justeru, kini Melayu Islam di Malaysia telah mengetahui bahawa UMNO sahaja yang boleh memartabatkan Islam di Malaysia. Dalam kata lain, RAKYAT MALAYSIA KINI SEDAR, HANYA GABUNGAN YANG DIDOMINASI OLEH ORANG ISLAM MAMPU MEMARTABATKAN ISLAM DAN MELAYU.
- Kesedaran ini telah membuatkan pakatan pembangkang khususnya parti yang berteraskan agama mula gelabah. Ini kerana mereka sendiri sebenarnya tahu, GABUNGAN MEREKA DIKUASAI OLEH GOLONGAN CAUNAVIS YANG MEMBENCI ISLAM SECARA TOTAL DAN MERAKA HANYA BONEKA DALAM GABUNGAN ITU. Ini dibuktikan dengan deretan penghinaan, kecederaan, dan tangkapan hanya melibatkan Melayu dan Islam dalam Bersih 3.0.
- Demi mengalih perhatian rakyat, maka parti ini kembali membangkitkan isu MUZAKARAH. Ini bukan kali pertama Muzakarah digunakan oleh parti tersebut. Parti ini akan menggunakan Islam apabila terdesak. Malah, golongan ini sanggup mengeluarkan fatwa mengundi gabungan parti mereka adalah wajib dan mengundi PEMERINTAH adalah haram.
- Isu ini dibangkitkan untuk tidak jadi. Apabila Muzakarah gagal, maka UMNO akan dipersalahkan. Untuk menggagalkan Muzakarah, maka parti ini akan meletakkan syarat yang pelik dan kelihatan bodoh. Syarat sekarang adalah dengan mengiktiraf semua rakan kongsi parti ini sebagai gabungan BN. Semakin bodoh syarat yang dikemukakan, maka Muzakarah semakin gagal.
- Maka tugas mudah berlaku dalam barisan kepimpinan parti ini. Tugasnya adalah dengan mencipta alasan yang paling pelik dan paling bodoh. Cari seorang yang paling besar dalam parti, minta pemimpin itu kemukakan alasan yang pelik dan bodoh itu. UMNO pasti menolak. Bila UMNO menolak, maka rakyat akan nampak UMNO yang menolak Muzakarah.
- Malangnya kali ini idea ini tidak menjadi. Rakyat mula melihat UMNO mahukan muzakarah demi kelangsungan pembangunan Melayu dan Islam. Namun, syarat yang dikemukakan terlalu lawak, sehingga jika muzakarah berlaku, maka Islam dan Melayu akan hancur. Ini kerana muzakarah kali ini tidak lebih daripada lakonan mereka atas skrip rakan-rakan gabungan mereka yang sentiasa meluku kepala dan membuli pemimpin parti tersebut.
- Selama 30 tahun ini saya sentiasa mengikuti perkembangan parti tersebut terutama sekali mengenai isu muzakarah dan bagaimana isu itu dimainkan untuk menarik simpati rakyat. Saya yakin, muzakarah hanya akan berlaku bila pemimpin nyanyuk tersebut mati. Selagi dia dia bernyawa, selagi itulah dia menentang penyatuan Islam di Malaysia. Fikirkanlah.
- Assalamualaikum dan bersatulah Islam di Malaysia.
Search This Blog
Monday, May 21, 2012
BERSIH : MENCARI ALASAN MUZAKARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment