- Pada masa sekarang saya ditugaskan untuk membangunkan satu projek ICT kerajaan yang telah berusia 12 tahun. Seandainya manusia, usia sistem tersebut pasti telahpun berada di sekolah menengah. Malangnya sistem tersebut masih berada di tahap tabika.
- Saban hari tidak kurang dari 200 panggilan ke helpdesk mengenai masalah yang timbul dalam penggunaan sistem tersebut. Kebanykkan panggilan adalah mengenai prestasi sistem yang amat perlahan.
- Kita bayangkan apabila capaian terlalu perlahan, maka terbentuklah satu sistem kebosanan yang amat. Menunggu sebenarnya satu penyiksaan yang tidak dapat digambarkan. Kepada orang dewasa, menunggu adalah adalah satu hukuman. Kepada remaja, menunggu adalah satu bebanan rindu. Dan kepada kanak-kanak, menunggu adalah satu kaedah terbaik untuk membuang masa.
- Gabungan ketiga-tiga unsur menunggu ini membentuk satu bentuk kejemuan kepada pengguna sistem tersebut. Menunggu capaian sistem tersebut adalah satu hukuman, penyiksaan, membuang masa, lantas membangkitkan kemarahan yang amat tinggi darjahnya.
- Rungutan demi rungutan menjadi satu cerita duka kepada pembangun sistem tersebut. Namun masalah yang timbul tidak juga berkesudahan. Rungutan pun jadi semakin panjang. Kemuncak rungutan pun sampailah ke meja KSN.
- Semua orang melompat. Pemilik sistem melompat. Vendor melompat-lompat. Yang paling tinggi lompatnya adalah agensi yang sepatutnya menjadi menyedia infrastruktur kepada pembangunan ICT kerajaan. Hanya satu tindakan yang dilakukan oleh agensi ini, melompat sambil melatah. Atau juga melatah sambil melompat.
- Maka saya menawarkan diri saya untuk membuat kajian secara menyeluruh ke atas sistem tersebut. Pada saya 12 tahun bagi satu sistem adalah tempoh matang dan beranak-pinak. Saya sendiri ingin mencari jawapan mutlak kepada penyakit yang melanda sistem ini.
- Saya sendiri membentuk proses kerja. Pertama sekali saya tidak mahu vendor terlibat. Saya percaya tenaga pakar ICT kerajaan yang menerima gaji 5 angka lebih hebat daripada tauke-tauke ICT yang menerima gaji 7 angka.
- Kedua, saya mahu semua proses dinilai semula. Jika proses boleh meningkatkan 'reliability, effectiveness, dan efficiency' maka proses tersebut perlu dikekalkan. Sebaliknya, jika proses hanya boleh mengundurkan salah satu daripada 3 perkara tersebut, maka proses tersebut perlu dihapuskan.
- Ketiga......tunggu siri ke-2. ADIOS
Search This Blog
Wednesday, May 23, 2012
CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI - SIRI 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment