Search This Blog

Friday, May 25, 2012

CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI -SIRI 2


  1. Dalam siri 1 saya telah menggariskan 2 syarat untuk menjamin 'effectiveness' 'effeciency' dalam pembangunan ICT masa kini. Dua syarat yang dikemukakan adalah syarat yang wajib dipatuhi. Jika syarat tersebut gagal dipenuhim oleh stakeholder, maka jaminan daripada saya adalah sistem ICT yang sama rupa, sama gaya dengan sistem ICT sedia ada.
  2. Syarat ke-3, entiti yang terlibat dalam mempermudahkan proses hendaklah dikumpulkan dalam tempat, masa, dan situasi yang sama. Kumpulan ini akan mencari proses yang dikenali sebagai 'best practice' sekalipun proses tersebut menuntut perubahan peraturan yang besar. 
  3. Asas kepada syarat ke-3 ini adalah peraturan yang baik akan menjadi pemandu kepada proses yang cepat dan cekap. Jika peraturan menjadi jalanraya yang berbelit-belit, maka kita perlu menggantikan jalanraya tersebut dengan sebatang lebuhraya yang lurus, lebar, dan rata. Kos akan menjadi pemangkin kemajuan. Itu analoginya.
  4. Syarat ke-4 adalah gabungan pakar teknikal dan pengurusan hendaklah berada dalam forum yang sama. Pakar teknikal adalah gabungan daripada pakar 'database', aplikasi, dan infrastruktur. Pakar di sini bukanlah pakar melalui perjawatan, tetapi adalah pakar yang mampu melahirkan idea, mengaplikasikan idea, dan menukar idea kepada perancangan.
  5. Kita selalu berjumpa pakar dalam bidang ICT di Malaysia. Malangnya, pakar sekadar menjadi entiti yang hanya membunuh idea orang lain. Jika kita mengemukakan idea, pakar selalu mengatakan idea itu tidak tepat. Malah, ada yang terus mengatakan, idea kita salah. Bila kita mahukan idea yang tepat dan betul, pakar berkenaan hanya akan kelihatan seperti 'ikan puyu di daratan'. Mengelupur penuh kesibukkan tidak bersebab.
  6. Begitu juga, kita sering berjumpa pakar pengurusan dalam sektor awam. Apa sebenarnya pakar pengurusan. Memberi arahan dan perintah yang terlalu kerap? Atau memberi komen pedas yang entah ke mana hujung pangkal? 
  7. Pakar pengurusan hendaklah berteraskan fundemental pengurusan iaitu 'planning, organizing, leading, and controlling'. Empat asas ini mesti sentiasa diterapkan sekalipun dalam memberi arahan. Ertinya, pakar pengurusan akan merancang, dan kemudian mampu melihat hasil perancangannya di masa hadapan. Kemudian, dia akan memberi arahan yang jelas. Jika, sebaliknya, dia bukan pakar.
  8. Kalau dikira jumlah wang yang dilaburkan untuk membangunkan ICT di Malaysia, jumlahnya mampu membeli 4 buah negara Afrika. Jika ditanya, berapakah jumlah Sistem ICT yang berjaya sepenuhnya, jumlahnya tidak perlu menggunakan jari sebelah tangan. Itulah analoginya. 
  9. Justeru, saya mahu sistem yang paling sukar untuk dibangunkan ini menjadi satu landasan utama yang mampu menjadi tanda aras pembangunan ICT di Malaysia. Untuk itu, 4 syarat tidak memadai, ada lagi deretan syarat yang saya pohon.
  10. Syarat ke-5 dan seterusnya akan saya terangkan dalam Siri berikutnya. Wassalam. ADIOS

No comments: