- Ketika menulis siri ke-3 ini sebenarnya saya dalam proses membuat rumusan hasil penemuan Makmal BPR sebuah sistem yang sedang dibangunkan semula. Perbincangan ini sebenarnya mudah. Semua ahli makmal yang setiap hari ada di makmal tahu apa yang hendak diberitahu kepada pelanggan dan stakeholder.
- Namun segalanya menjadi sukar dengan kehadiran pakar rujuk dari sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan ICT negara. Puncanya kerana pakar rujuk berkenaan hanya datang sekali sekala ke makmal. Setiap kali datang, beliau akan memberi komen. Maka komen yang diberi lebih kepada membunuh idea yang baik.
- Pada saya rumusan bukan menunjukkan kita buat kerja. Jauh sekali menunjukkan yang kita ini pandai. Sebaliknya saya hanya mahu menggambarkan SUASANA SEBENAR yang menyebabkan sistem yang dibangunkan semula ini akan TIDAK PERLU DIBANGUNKAN SEMULA LAGI.
- Pakar sepatutnya memudahkan kerja dengan memberi bimbingan yang sempurna. Untuk itu pakar perlu tahu perkara penting untuk menyudahkan tugasan. Seharusnya, pakar perlu memerah otak sebelum datang ke makmal, bukannya memaksa bukan pakar memerah otak untuk memenuhi idea pakar yang bersifat 'bukan-bukan'.
- Ketika saya memohon template rumusan kepada pakar minggu lepas, hingga ke hari ini, pakar berkenaan gagal mengemukakan templete tersebut. Maka, pasukan rekabentuk membangunkan templete yang berkenaan. Template tersebut, pada saya cukup cantik. Mampu menyerlahkan semua penemuan dalam makmal.
- Maka pasukan rekabentuk membentangkan maklumat dalam template tersebut. Pakar rujuk pun mula memberi pendapat. Komen sana. Komen sini. Arahkan itu. Arahkan ini. Bila idea dikemukakan, pakar pun mulalah tunjuk pandai.
- Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mohon agar agensi yang berkenaan memperkenalkan kaedah terperinci dalam melantik tenaga ICT menjadi pakar rujuk. Perlu ada penilaian 360 darjah. Individu perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum boleh menjadi pakar rujuk dalam bidang ICT.
- Personel ICT kalau hanya setakat menyediakan dokumen tender, hadir mensyuarat demi mesyuarat, dan dalam mesyuarat tersebut hanya memberi idea kedua, maka jawatan yang diberi tersebut perlu dinilai semula. Secara ekstrem, pencenkan sahaja pakar berkenaan.
- Pada saya pakar rujuk sebenar dalam tugasan ini adalah seorang pegawai F52 dan F54 yang begitu bersungguh-sungguh menjalankan tugas. Kedua-dua pegawai ini saya lihat begitu berpengetahuan dalam bidang ICT. Menghairankan, kenapakah dua pegawai ini tidak diberi JUSA?
- Untuk syarat-syarat lain kita jumpa dalam siri-4. ADIOS.....
Search This Blog
Monday, May 28, 2012
CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI - SIRI3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment