- Persoalan utama yang bermain dalam kepala seluruh politikus di Malaysia hari ini adalah bilakah PRU 2012 akan diadakan? Semakin lama menunggu semakin tersiksa jiwa dan lara. Malah, pengundi juga amat berdebar-debar menantikan tarikh keramat tahun 2012 ini.
- Persediaan parti-parti politik mula semakin rancak. Kempen demi kempen semakin banyak. Kalau diukur dari sudut bilangan bendera parti yang terpacak di sepanjang jalan, pasti ada yang telah menggambarkan parti-parti tertentu seakan akan menang mudah dalam PRU 2012.
- Di Negeri Sembilan, BN kelihatan begitu bersungguh-sungguh memacak bendera demi bendera. Sayangnya hanya ada dua jenis bendera yang mendominasi sepanjang jalan Negeri Tanah Beradat ini. Bendera BN dann UMNO. Saya merasakan rakan-rakan UMNO yang lain dalam BN khususnya MCA, MIC, dan GERAKAN kurang yakin untuk bentanding pada tahun ini.
- Bagi pihak pembangkang pula, bendera PAS dan PKR cuba menyaingi jumlah bendera BN dan UMNO. Di Seremban khususnya, PAS dan PKR begitu bermaharajalela. Peliknya tidak satupun bendera DAP yang turut 'bertanding'.
- Di Selangor, bilangan bendera BN dan UMNO tenggelam dalam jumlah bendera PAS dan PKR yang begitu banyak sehingga melindungi papan tanda jalan. Jika anda ingin mencari arah tempat di Selangor, anda perlu berhenti dan menyelak bendera PAS dan PKR. Jika tidak anda akan tersesat di 'negeri berkabajikan' ini.
- Sama keadaannya dengan Negeri Sembilan, bendera DAP tidak satupun kelihatan berkibar di Selangor. Jika ada pun hanyalah papan tanda ucapan selamat dari 'exco-exco' yang fikir mereka pandai ini.
- Di Perak, sama keadaannya dengan Negeri Sembilan. Bendera BN dan UMNO memeriahkan sepanjang jalan dari Kuala Selangor hingga ke Parit Buntar. Malah ada di beberapa tempat di Perak Tengah, bendera UMNO dan BN beselang seli dengan bendera PAS dan PKR.
- Sama juga dengan Selangor dan Negeri Sembilan, bendera DAP, MCA, MIC dan GERAKAN seperti langung tidak berkibar.
- Saya rasakan begini, jika bendera parti boleh dijadikan indikator, UMNO, PAS, dan PKR adalah parti Melayu. Teruk sekali pepecahan di kalangan bangsa Melayu di Malaysia. Sedangkan parti-parti bangsa lain hanya diam membisu. Mungkin, mereka sedang ketawa melihat pepecahan bangsa kita dalam negara bangsa kita sendiri.
- Saya bayangkan jika UMNO, PAS dan PKR bergabung dan PRU berjalan dalam Julai 2012, maka sudah pastilah bangsa kita menang mudah. Sayangnya kita terus bergaduh. Semua pemimpin terus dengan ego masing-masing. Menuduh dan menelanjangkan satu demi satu pemimpin Melayu. Maka, kita jadi semakin lemah.
- Hari ini saya akan teruskan perjalanan ke Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Kemudian akan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita lihat perang bendera di sana. ADIOS
Search This Blog
Sunday, June 3, 2012
MENANTI PRU 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment