- Di Pulau Pinang keadaan semakin hebat. Dari Sempadan Perak, berderet-deret bendera PAS dan PKR. Seolah-olah kedua-dua parti pemecah Melayu ini tidak sabar untuk bertanding.
- Bendera BN dan UMNO berselang-seli sahaja. Sukar sekali untuk melihat kemeriahan BN untuk turut sama 'menjadi tidak sabar' untuk bertanding.
- Sekitar Seberang Prai, bendera UMNO dan BN mula mewarnai sepanjang jalan. Amat menghairankan, di Permatang Pauh sendiri, bendera PKR tenggelam dalam bendera PAS. Saya rasa mungkin PAS hanya mewakili PKR dan DAP dalam pilihanraya mulai 2004 lagi.
- Dari sempadan Perak sehingga ke Butterworth, hanya ada 4 jenis bendera UMNO, BN, PAS dan PKR. Macam biasa, bendera parti bukan Melayu disimpan baik-baik. Maklumlah, golongan ini sudah tahu parti apa yang harus dipangkah.
- Di Pulau, tu dia....penuh roket. Semuanya menunjuk ke atas. Di Pulau seolah-olah dah macam esok nak pilihanraya. DAP nampak bersungguh-sungguh nak mempertahankan Pulau Pinang.
- Semangat DAP makin bertambah apabila kenderaan tunggangan mereka iaitu PKR dan PAS begitu setia. Biarpun DAP menentang keras negara Islam dan bertekad nak jadi PM, PAS dan PKR setia membawa DAP ke Putrajaya.
- Sebagai Melayu, saya amat berasa malu untuk turut sama menyokong perjuangan ini. Menghairankan, orang yang berserban, berkopiah, bertudung litup, mengaku alim, kelihatan warak, dan menggunakan segala ayat Quran dalam ceramah sanggup bersengkokol dengan semangat DAP.
- Saya menilai diri sendiri. Apakah sumbangan saya dalam membangunkan Melayu. Puas saya cari namun tidak pernah berjumpa. Mungkin golongan yang sering memperkudakan agama ini merasakan mereka bukan Melayu...tetapi Arab kot..hahahahah
- Maka saya mengambil keputusan, jika saya gagal menyumbang untuk membangunkan Melayu, cukuplah jika saya tidak memusnahkan Melayu. Biarpun saya bukan orang yang pandai agama, namun saya tahu, Melayu itu Islam di Bumi Melayu ini.
- Cuba kita lihat di mana maruah mereka? Mereka memperkudakan agama untuk tujuan politik. DAP memperkudakan Mereka untuk memusnahkan Islam. Bukankah kesimpulannya MEREKA MEMBIARKAN DAP MEMPERKUDAKAN AGAMA UNTUK MEMUSNAHKAN ISLAM. Ayuh insaf semua. ADIOS
Search This Blog
Tuesday, June 5, 2012
MENANTI PRU 2012 - P. PINANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment