Search This Blog

Wednesday, June 6, 2012

MENANTI PRU2012 -KEDAH/PERLIS


  1. Saya sampai di Kedah dalam jam 11 pagi. Kedah nampak biasa sahaja. Tak nampak macam ada pertandingan pasang bendera. Dari Kulim mengarah ke Alor Setar, nampak sepi sahaja. Saya rasa, mungkin orang Kedah dah ada calon mana yang hendak diundi dalam kepala masing-masing.
  2. Saya rasa ada persamaan di antara orang Kedah dan Kelantan. Masyarakat di sini nilai Melayunya begitu tinggi. Di Kedah, pengaruh politik tidak siknifikan. Melayu itu lebih besar ertinya daripada UMNO dan PAS. PKR apalagi. 
  3. Semakin lama di Kedah, kehangatan angin pilihanraya semakin suram. Di kedai-kedai kopi tidak ada bual bicara politik secara langsung. Orang-orang Kedah hanya sibuk dengan sawah-bendang. Tahniah orang Kedah...Melayu nampak hebat di bumi Langkasuka.
  4. Petangnya saya masuk Perlis. Pun sama. Kalau adapun bendera UMNO di bilik-bilik gerakan UMNO. Bendera UMNO dan BN hanya ada dua-tiga batang. Berdiri bersama-sama Jalur Gemilang dan Bendera Indera Kayangan. 
  5. Memang adatpun, bendera UMNO di bilik gerakan UMNO. Itu pun sebagai asas untuk ahli-ahli datang mengadu. Bendera PAS, PKR dan DAP langsung tak nampak. Memang jelas orang-orang Perlis menolak pakatan rapuh ini.
  6. Kalau kita fikirkan apa ada dengan Perlis. Sumber ekonominya terhad dan begitu bergantung kepada kerajaan Pusat. Itu mungkin antara faktor utama, DAP dan PKR langsung tak pandang negeri ini. Parlimen pun hanya ada dua. Menangpun tah menambah, kalah pun tak berkurang.
  7. Pada saya ini adalah mesej jelas kepada rakyat Malaysia, apa sebenarnya tujuan PKR dan DAP dalam pilihanraya ke-13 nanti. Merampas negeri kaya, negeri biasa langsung hilang selera.
  8. Kalau kita fikir, Selangor yang kaya-raya pun boleh jadi huru-raya. Rakyat Selangor sendiri keliru siapa MB mereka. Khalid atau Ronnie Liu. Arahan datang tujuh lapan kali untuk satu tugasan. Akhirnya rakyat yang haru-biru.
  9. Kalau pembaca memandu kereta di jalan-jalan di Selangor, masuk melalui Batang Berjuntai, terus ke Sabak Bernam, terus lagi ke Sungai Besar, sampai ke sempadan Perak. Kita akan dapati sukar untuk membezakan jalan di Selangor pada tahun 70an dengan tahun 2012. Bayangkanlah.
  10. Tapi sampai sahaja di Teluk Intan, anda akan tahu kita di atas jalanraya tahun 2012. Fikirkanlah...ADIOS

No comments: