Search This Blog

Thursday, June 14, 2012

MENANTI PRU2012 - BILA MB DIANGGAP WALI



  1. Wali (Arab: والي) merupakan perkataan Arab yang bererti tuan (Lord), seseorang yang dipercayai, atau kawan. Ia biasa digunakan dalam konteks orang alim. Alim berasal daripada perkataan Ulama iaitu seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan. Alim juga bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Alim)
  2. Seorang MB adalah seorang politikus.  Keperibadian adalah faktor penting untuk menjadikannya seorang politikus yang berjaya kerana ia mampu mengatasi perselisihan politik mengganggu persahabatan (M.V. Buren).
  3. Riak ialah menunjuk-nunjuk atau menunjukkan kelebihan diri sendiri kepada orang lain untuk mendapat perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian. Allah S.W.T. melarang orang daripada bersifat riak ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Riak)
  4. Hamid Airborne (UM, 14 Jun 2012, m/s 12) melalui satu tulisannya yang bertajuk membongkar nista Tuan Guru telah dengan jelas menggariskan beberapa sifat riak Tuan Guru. Sifat riak ini jelas dimanipulasikan oleh parti Tuan Guru agar beliau mampu dilihat sebagai seorang Wali. 
  5. Apabila semua lapisan masyarakat mengganggap beliau Wali, maka setiap kata-kata yang lahir dari mulut Tuan Guru akan dipercayai tanpa perlu usul periksa. Keadaan ini akan membuatkan parti Tuan Guru akan menjadi Parti Allah. Sokongan kepada Tuan Guru akan menjadi sokongan kepada Allah. Malah, menyokong sekongkol Tuan Guru akan menjadi menyokong Allah. Kejam sebenarnya perjuangan sebuah politik untuk mencapai kemenangan.
  6. Hamid dengan jelas menerangkan bagaimana Tuan Guru melarang rakyat menggantung gambar pemimpin politik lain. sedangkan gambar Tuan Guru dalam pelbagai keadaan mulia seperti sedang berdoa, bersembahyang, bertasbih, dan sebagainya memenuhi seluruh Kelantan dan pusat-pusat gerakan parti Tuan Guru. 
  7. Tindakan ini sebenarnya ada agenda tersembunyi. Bila serata tempat penuh gambar Tuan Guru maka Tuan Guru akan berada dalam hati semua rakyat Malaysia. Tuan Guru berjaya memberitahu semua rakyat Malaysia bahawa beliau sentiasa bersolat, beribadat, dan zuhud. Tuan Guru bukan sahaja mahu Allah tahu ibadat beliau, malah Tuan Guru lebih mahu rakyat tahu beliau begitu. Maka Hamid mengkatogerikan Tuan Guru sebagai riak (Rujuk 2)
  8. Hamid juga membongkar satu fakta yang amat menarik. Hamid menulis begini, "...Surah Faatir ayat 6 bermaksud Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." Hamid menyambung, " ...Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, tetapi Nik Aziz kata boleh. Jadi siapa yang kufur?" Kata-kata ini sebenarnya dikeluarkan oleh Tuan Guru bila PAS berkerjasama dengan DAP.
  9. Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak. Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Kafir)
  10. Apabila Tuan Guru menggunakan analogi Syaitan, maka syaitan yang dirujuk adalah DAP. Maka jika kita kembali kepada ayat ini....  musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka. Sanggupkan anda mengundi mereka? ADIOS

No comments: