Search This Blog

Monday, June 11, 2012

MENANTI PRU2012 - MB Vs MUFTI


  1. Saya amat tertarik dengan percakaran seorang Mufti berwibawa dengan seorang MB paling tua di Malaysia. Sebenarnya apakah itu MB? Di Malaysia MB di sesetengah negeri juga dikenali sebagai KM. Dalam kata lain MB atau KM adalah ketua pentadbiran negeri. Maka kita boleh simpulkan bahawa semua MB adalah sama dengan ketua KM. Dalam kata mudah, tidak ada bezanya dari segi peranan di antara Nik Aziz dan Lim Guang Eng.
  2. Apa pula Mufti. Mufti adalah pakar rujuk hukum-hakam agama Islam di Malaysia. Mufti mengkaji dan memperhalusi hukum-hakam Islam. Mufti bebas daripada sebarang pengaruh politik. Malah Mufti amat jarang sekali mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Di Malaysia, Mufti adalah insan yang paling sempurna dan ikhlas di Malaysia.
  3. Saya amat tertarik dengan pendapat seorang pembaca di Utusan Malaysia (Isnin, 11 Jun 2012, m/s 12) yang bernama Hamid Airnorne. Hamid mengulas hujah Nik Aziz mengenai politik dan Agama Islam. Kita semua maklum, politikus akan mempergunakan apa sahaja apabila terdesak. Tindakan ini makin ekstrem apabila golongan politikus ini terdesak.
  4. Antara soalan yang dikemukakan adalah:
  • Rasullah memimpin parti politik bernama apa?
  • Di manakah baginda bertanding?
  • Baginda bertanding di kerusi DUN atau Parlimen atau kedua-duanya sekali?
  • Berapa penggalkah baginda menjadi wakil rakyat?
  • Adakah parti Rasullallah bergabung dengan parti orang kafir?
  • Adakah ceramah politik baginda dan orang-orang yang baginda pimpin suka mencaci dan memfitnah sesama Islam?
  • Adakah baginda sentiasa menurut keputusan politik yang dibuat oleh orang-orang kafir?
  • Adakah penyokong-penyokong parti politik Rasullallah ada mengibarkan bendera parti politik orang-orang kafir?
5. Antara persoalan yang dikemukakan oleh Hamid adalah "Saya masih ingat, penceramah PAS sentiasa berkata, kerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam dalam DAP. Ringkasnya sehingga ke hari ini sudah berapa puluh ribu orang bukan Islam dalam DAP telah memeluk Islam?"
6. Hamid mengakhiri tulisannya dengan "Pendirian Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi telah mengakui bahawa perjuangan UMNO adalah betul dan propaganda yang mengatakan seseorang yang mengundi parti tertentu akan masuk syurga adalah satu kejahilan, kebodohan, dan kesesatan. Kepada UMNO teruskan perjuangan untuk memperkasa dan memartabatkan Islam."
7. Maka adalah tidak hairan jika PAS mengharamkan dan memboikot Utusan Malaysia untuk seluruh ahli-ahlinya. Manakan tidak, semakin anda membaca Utusan Malaysia, fikiran anda semakin terbuka. Atau dengan kata lain, meninggalkan Utusan Malaysia, anda semakin mudah menjadi jahil, bodoh, dan sesat.
8. ADIOS

No comments: