Search This Blog

Monday, June 18, 2012

MENANTI PRU2012 - PENGUNDI ATAS PAGAR


  1. Faktor kemenangan PR dalam PRU12 adalah kerana undi atas pagar. Pengundi atas pagar memilih PR kerana terpengaruh dengan janji yang ditabur.Pepatah ada mengatakan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan lalang.Macam itu jugalah halnya dengan Pakatan Rakyaat.
  2. Setelah puas menipu rakyaat dengan janji2 Manefesto PRU12, kini pemimpin-pemimpin PR  terjerat untuk memenuhi janji-janji tersebut. Adakah pengundi atas pagar sebegitu bodoh untuk ditipu buat kali kedua? PR mula sedar peningkatan intelektual rakyat yang telah diberikan pendidikan yang baik oleh kerajaan BN selama 54 tahun kita merdeka.
  3. Pakatan sedar semua ini dan sebab itulah mereka sengaja mengada-adakan isu-isu himpunan Bersih, Lynas, hapuskan PTPTN dan lain-lain untuk mengalih perhatian rakyaat daripada kegagalan mereka mengotakan janji-janji Manefesto PRU 12 yang lalu. Jika tidak, mereka sebenarnya kekurangan isu.
  4. Rekod pentadbiran kerajaan negeri PR mula dinilai satu persatu oleh pengundi atas pagar.  KM Pulau Pinang dan DAP sering merengek dan merintih, kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan mereka. Peruntukan yang diterima kononnya terlalu kecil sedangkan kutipan cukai dari Pulau Pinang adalah tinggi. DAP juga sering mendabik dada kononnya pentadbiran Pulau Pinang di bawah DAP sangat baik.
  5. Hakikatnya, DAP telah menyebabkan banyak kerosakan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan jelas membuktikan bahawa DAP gagal melaksanakan kerja penyelenggaraan rumah rakyat di negeri itu sehingga terpaksa memohon bantuan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).
  6. Dakwaan beliau beliau dibuktikan dengan fakta bahawa TP1M telah menerima 64 permohonan dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang.22 permohonan diterima dari Pulau Pinang, lebih 1/3 dari keseluruhan permohonan. Tiga (3) dari 22 permohonan tersebut adalah dari Permatang Pauh, kawasan Anwar Ibrahim. Jumlah peruntukan yang dipohon pula bernilai lebih RM11 juta. 
  7. Jika pembaca semua masih ingat, pelancaran skim ini yang dahulunya dikutuk habis-habisan oleh Nurul Izzah dan PR. Namun kini, skim yang hebat ini telah ditiru bulat-bulat oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah nama Skim Ceria Kerajaan Negeri. 
  8. Bagi pengundi atas pagar, fakta-fakta begini membezakan di antara pemimpin dan pengikut. Malah ada ketikanya, fakta-fakta begini menggambarkan siapa yang ikhlas untuk membangunkan negara dan siapa yang hanya berjuang untuk kemenangan.
  9. Dalam pertandingan kemenangan adalah satu perkara penting. Namun ada perkara lain yang lebih penting. Perkara tersebut adalah...LEPAS MENANG APA AKAN JADI??? Seandainya kita menang..dan kampung tergadai, maka KALAH AKAN MENJADI PILIHAN TERBAIK.
  10. Bukti di Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor menunjukkan Menang jadi arang, kampung jadi milik orang. Jadi, saya pasti pengundi atas pagar akan membantu BN untuk mengelakkan kampung kita tergadai. ADIOS.

No comments: