Search This Blog

Saturday, July 7, 2012

MENANTI PRU2012-KESAN NAIK PANGKAT


  1. Saya meneliti semua komen yang dibuat oleh pembaca budiman dalam semua siri MENANTI PRU 2012. Komen-komen tersebut menggambarkan satu pola pemikiran penjawat awam di Malaysia. Terutama sekali bagi skim pendidikan sama ada pendidikan sekolah atau pendidikan tinggi. Mungkin ada juga daripada skim perkhidmatan lain. Yang pasti bukan dari skim hebat...PTD.
  2. Kalau kita hayati pemikiran itu, nilai perjuangan yang dituntut adalah rendah dari segi mentaliti dan spritual kemanusiaan. Malah, kadang-kadang tuntutan itu menggambarkan kepincangan perkhidmatan awam melalui ketua perkhidmatan mereka yang tidak tahu mengurus isu dan meniupkan semangat bekerja. Maka, saya cadangkan semua ketua perkhidmatan perlu dinilai semua terutama sekali dari segi kompetensi yang berkait langsung dengan pengurusan sumber manusia. Jika fenomena ini terus berpanjangan, pohon diletakkan PTD sebagai ketua perkhidmatan di Malaysia.
  3. Di Malaysia hanya PTD, Jurutera, PTM, dan PLV yang mempunyai takrifan kompetensi yang jelas dari sudut fungsian, generik, dan tingkahlaku. Perkhidmatan lain tidak mempunyai sebarang takrifan kompetensi. Kompetensi bukan menjadi perkara dominan kepada perkhidmatan tersebut.
  4. Kesemua komen yang dikemukakan hanya menuntut kepada kanaikkan pangkat yang disirimi dengan perasaan orang yang tidak naik pangkat. Ini menggambarkan kepada personel dalam perkhidmatan tersebut menjadikan naik pangkat sebagai niat sebenar mereka bekerja....bukannya keikhlasan, jauh sekali kebijaksanaan.
  5. Kenaikkan pangkat PTD dijadikan benchmarking untuk semua kenaikkan pangkat perkhidmatan awam di Malaysia. Sedangkan kaedah penggambilan PTD tidak dijadikan bencmarking untuk semua skim perkhidmatan. Kaedah kenaikkan pangkat PTD juga tidak dijadikan benchmarking. Ertinya, mereka mahu masuk dengan cara yang paling mudah, dan naik pangkat dengan cara yang sama bagi 9000 manusia yang telah berjaya menghadapi 100 kesukaran untuk masuk ke perkhidmatan awam. 
  6. Kalau kita perhatikan cara kerja PTD, kenaikkan pangkat bukan menjadi tunjangan utama. Namun PTD lebih memetingkan apakah perubahan yang boleh disumbangkan kepada negara. Penuh dengan keikhlasan. Maka, balasan sebenarnya diberikan oleh Allah...cuma disalurkan melalui kenaikkan pangkat oleh perkhidmatan awam.
  7. Lihat ini...amat mendukacitakan. Dalam era ICT ini, anak-anak dan adik-adik kita masih diajar dengan bersungguh-sungguh untuk mengarang surat rasmi dan surat tidak rasmi di sekolah. Sebenarnya untuk apa? Sekarang menulis surat tidak pernah menjadi amalan rakyat Malaysia. Mengapa tidak diajar cara beretika menulis email. Atau cara terbaik menulis di facebook atau twitter. Jawapannya mudah....mereka mungkin tidak pernah terfikir untuk berubah kerana terlalu sibuk berjuang untuk naik pangkat. Memalukan...
  8. Saya cadangkan begini. Kepada golongan yang perjuangan utama dalam kerjanya adalah untuk naik pangkat setaraf PTD...mohon hanya kerja PTD. Jika, ditawarkan kerja lain seperti menjadi guru, tolak jawatan itu mentah-mentah. Tunggu dan tunggu sehingga anda diterima menjadi PTD. PTD tidak ada sekatan umur. Anda boleh tunggu sehingga berumur 59 tahun. Kemudian kita akan lihat sama ada anda sempat naik pangkat atau tidak. Kalau anda masih tidak faham apa yang saya katakan ini, saya ringkaskan. Jika anda tidak hebat....PTD hanya menjadi MIMPI kepada anda.
  9. Perhatikan, kerajaan tidak pernah menawarkan biasiswa untuk PTD. Sebaliknya berlambak biasiswa untuk jawatan lain seperti guru, doktor, jurutera, dan lain-lain jawatan. Untuk PTD sememangnya tiak pernah wujud. Ini sebabnya. Kerajaan mahukan hanya yang benar-benar cemerlang diambil untuk mengekalkan PTD adalah Cemerlang di kalangan terbaik. 
  10. Artikel ini saya tulis kerana saya mahu penjawat awam di Malaysia menjadi matang. Bekerja dengan objektif kerja yang jelas. Membezakan di antara keikhlasan dan hipokrasi. Percaya bahawa skim yang kita ada di bawahnya adalah skim yang diwujudkan untuk membangunkan rakyat dan negara. Malah, kita amat yakin jika skim kita tidak memberi sebarang harapan.....kita tidak berfikir panjang untuk meninggal skim tersebut. Saya pernah lakukannya dulu. Mengapa anda bersungut,  bersungut, bersungut, dan bersungut, serta terus bersungut. ADIOS....ADIOS

1 comment:

Anonymous said...

"Saya meneliti semua komen yang dibuat oleh pembaca budiman dalam semua siri MENANTI PRU 2012. Komen-komen tersebut menggambarkan satu pola pemikiran penjawat awam di Malaysia. Terutama sekali bagi skim pendidikan sama ada pendidikan sekolah atau pendidikan tinggi. Mungkin ada juga daripada skim perkhidmatan lain. Yang pasti bukan dari skim hebat...PTD"

Hebat sangat ke?got valid data2 research tak? takde pn post komen2 pnjawat awam yg lain..Juz curious to know, guess my EQ is very low, got to increase it, not jz only EQ, i think da whole concept of well-being..;)TQ