Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

PAK IMAM GILAKAN SYURGA - BAH. 4

Pak Imam pun mulakan cadangan beliau. Semua AJK dengar. Mata masing-masing hanya tunduk memandang lantai surau yang mula berhabuk.
"Esok kita buat gotong royong. Ajak semua kawan-kawan." Arah Pak Imam.
"Mulai tahun ni kita batalkan moreh. Kita ganti dengan majlis berbuka harian. Datang berbuka kat surau. Bawa makanan masing-masing. Kalau tak ada apa yang nak di bawa, bawa perut sahaja pun tak apa." Tambah Pak Imam lagi. tegas sahaja bunyinya.
"Solat Terawih tahun ni kita buat 20 rakaat bukan lagi 8 rakaat. Giliran Imam nanti saya buat." Lagi satu Pak Imam menambah.
"Lepas Terawih kita buat tadarus. Tu saya saya batal moreh. Kalau ada moreh, jemaah semua bersidai kat bawah khemah. Bukan dapat pahala pun. Macamana nak masuk syurga!" Pak Imam sedikit berkhutbah.
"Setiap subuh kita buat kuliah subuh. Habis kita sambung dengan tilawah. Dapat tiga-empat muka pun jadilah." Pak Imam terus memberi arahan. Bercakap sorang-sorang. AJK lain hanya diam. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal. Ada yang menggaru tangan tanpa sebab. Semuanya nampak bosan dan menyampah.
"Lepas habis terawih, sebelum solat Witir, kita buat kuliah ringkas. Bagi ingatan kat orang kampung tentang halal-haram." Pak Imam terus memberi arahan tanpa memandang langsung muka semua AJK.

Begitulah seterusnya. Ada lebih kurang lagi dua puluh perkara yang Pak Imam ingin lakukakan semasa Ramadan tahun ini. Pak Imam nak pastikan dia dapat banyak pahala. Pak Imam nak pastikan dia dapat banyak pengampunan. Pak Imam nak pastikan dia dapat banyak keredhaan. Semuanya kerana Pak Imam nak pastikan dia akan dapat syurga.

Bila dah habis memberi cadangan. Pak Imam terus tangguhkan mesyuarat. Semua AJK terpinga-pinga. Tiada arahan kerja yang jelas. Gotong-royong esok macamana? Kenduri awal Ramadan macamana? Khemah sementara macamana? Yang lain-lain macamana?

Melihat AJK lain kehilangan punca, Abang Man Karaoke, mengajak semua AJK ke kedai mamak. Kena teh. Abang Man Karaokebiasanya akan belanja semua orang minum selepas mesyuarat kalau dia dapat datang. Tapi, Abang Man Karaoke tak pernah belanja Pak Imam. Kalau Abang Man Karaoke tengah minum, kemudian datang Pak Imam, Abang Man Karaoke akan terus bayar dan berlalu pergi. Begitu juga, kalau Abang Man Karaoke nampak Pak Imam tengah minum, Abang Man Karaoke akan terus berlalu. Abang Man Karaoke akan cari kedai mamak lain.

"Kat kedai mamak lagi kita bincang lain. Cara Pak Imam ni boleh buat surau kosong puasa tahun ni. Agaknya Pak Imam nak masuk syurga sorang-sorang kot. Bini dia pun dia tak mahu bawa. Boleh dia dapat semua bidadari dalam syurga tanpa gangguan." Abang Man Karaoke berseloroh. Kemudian dia ketawa. AJK lain pun ketawa. Pak Ya lah AJK yang paling kuat ketawa.

Bersambung....

No comments: