Search This Blog

Thursday, August 2, 2012

PAK IMAM GILAKAN SYURGA - BAH. 6

Malam pertama Ramadan. Macam tahun-tahun lalu. Surau penuh sesak. Ada tiga buah khemah disediakan diluar surau. Pun penuh sesak. Ada lima khemah untuk jamuan, anak-anak mudah tukar sekejap. Dijadikan ruang solat. Hebatnya Ramadan. Tak perlu promosi. Tak perlu iklan di TV. Tak perlu DJ war-warkan di semua stesyen radio. Semua orang tahu. Ramadan adalah bulan baik. Ramadan untuk pergi surau.

"Pehhh..macam fun fair." Pak Ya bersura sambil dicuitnya bahu Abang Sahak H.A. Abang Sahak H.A. angguk dua-tiga kali. Entah bersetuju atau sebaliknya.
"Macam fun-fair kan!" Ulang Pak Ya lagi. Kali ini dicuitnya bahu Pak Imam. Pak Imam senyum.
"Biasalah malam pertama, kita harap boleh kekal sampai malam akhir." Jawab Pak Imam.

Malam itu selepas solat Magrib ada taskiran 'Awal Ramadan'. Kemudian solat Isyak. Sambung dengan solat Terawih. Solat Witir. Lepas solat witir, Pak Imam nak buat Tahlil. Setelah semuanya selesai baru ada jamuan makan. Itu arahan Pak Imam. Arahan yang mesti di patuhi.

Abang Man Karaoke terus ke ruang Imam. Dihidupkan pembesar suara. Terus Abang Man Karaoke berselawat. Berlagu-lagu selawat Abang Man Karaoke. Kemudian Abang Man Karaoke alunkan azan. Abang Man Karaoke buat macam P. Ramli dalam cerita Semerah Padi. Merdu sungguh kalau Abang Man Karaoke alunkan azan. Semua yang datang pasti akan terpaku. Orang tua semua dah masuk ke ruang solat. Orang muda masih lagi di luar. Hisap rokok dan berbual. Masa Qamat pun orang mudah masih lagi berbual dan merokok. Bila Pak Imam baca Fatihah dekat-dekat nak AMIN, baru kelam kabut orang-orang muda berdiri betul.

Selesai sahaja solat, wirid, dan doa, Pak Imam terus bagi taskirah. Tajuknya "Bersediakan Kita Menghadapi Ramadhan". Macam biasa, permulaan taskirah sahaja ambil masa hampir 8 minit.
"Ni malam pertama Ramadan ini, sesak surau kita." Pak Imam mulakan taskirah. Juga macam biasa, dimulakan dengan leteran ala-ala seorang ibu tunggal tua yang kesepian.
"Nanti lepas malam ketujuh, kelapan kita tangok. Berapa kerat lagi yang tinggal. Bukan sekali, tapi dah berpuluh tahun surau kita tetap camni." Pak Imam menyambung. Abang Man Karaoke, Pak Ya, Abang Sahak H.A. Cikgu Zul, Puan Fatimah, dan ramai lagi ada di luar surau. Nak kemas meja. Nak hidangkan makanan. Itu adalah alasan yang selalu diberikan. Abang Man Karaoke terus ambil nasi. Diletaknya lauk-pauk. Diambilnya secawan air sirap. Terus berdoa dan makan.

"Budak-budak dan sesiapa yang lapar boleh makan dulu. Tak baik makan lewat malam. Nanti perut masuk angin." Arah Abang Man Karaoke. Serentak dengan arahan itu, Abang Sahak H.A. adalah pengikut pertama. Diikuti oleh Pak Ya. Lepas tu kanak-kanak dan orang mudah. Yang sedang dengar taskirah pun menjeling ke luar. Sorang demi seorang keluar. Dalam sepuluh minit, orang di luar lebih ramai daripada orang di dalam.

"Puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga..." Pak Imam sambung taskirah dengan ungkapan taskirah yang paling klise di bulan Ramadan. Matanya menjeling jemaah yang semakin surut. Aliran mengalir keluar terlalu deras.

" Jangan sampai kita dapat lapar dan dahaga sahaja. Kita perlu cari pengampuunan Allah. Kita perlu kerja syurga Allah!" Semangat juga Pak Imam bila terbit sahaja perkataan syurga. Taskirah seterusnya hanya berkisar mengenai keindahan syurga dan bidadari. Jam 9 malam baru boleh Solat Isyak. Habis doa terus sambung dengan Solat Terawih, Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Witir. Selesai semua, Pak Imamkan mendah tangan. Tanda doa baru bermula. Doa Pak Imam 5 minit pertama dalam Arab. Doa seterusnya dalam Melayu.

"Ya Allah ampunilah kami......" Mula doa Pak Imam.

Bersambung.....

No comments: