Search This Blog

Tuesday, August 7, 2012

PAK IMAM GILAKAN SYURGA - BAH. 9

Malam keduabelas Pak Imam tak datang ke surau. Malam tersebut Ustaz Azhar yang menjadi Imam. Ustaz Azhar bulakan dengan dengan Solat Isyak. Selepas salam, Ustaz Azhar terus istighfar. Kemudian baca Fatihah dan teruskan dengan doa. Selesai sahaja doa, Ustaz Azhar terus buat solat sunat Isyak.

"Abang Din..apalagi...selawatlah." Pinta Ustaz Azhar. Abang Din segera capai mikrofon.
"Subhanallah, walhamdullillah....." Terus Abang Din berselawat. Bergema jemaah lain sambut salam.
"Sallallah..wasalamaialaih!" Serentak sahaja irama yang dialunkan.

Satu demi satu rakaat bergerak. Sampai sahaja di rakaat keempat, sebaik sahaja Abang Din habis berlewat, Ustaz Azhar terus baca doa. Dua-tiga ayat pertama dalam bahasa Arab. Kemudian dalam bahasa Melayu.
"Ya Allah rahmatilah hidup kami, berkatilah rezeki kami, dan kekalkanlah keamanan dalam negara kami." Tiga kali Ustaz Azhar mengulang doa yang sama. Tamat rakaat kelapan pun Ustaz Azhar mengulang doa yang sama. Selesai berdoa, Ustaz Azhar capai mikrofon. Ustaz Azhar beri salam. Tak la panjang sangat.

"Ni malam kedua belas. Ertinya dah 12 hari kita puasa. Dah 12 hari kita Terawih sama-sama. Tahniah. Hebat tu. Satu rekod baru kita cipta." Ustaz Azhar mulakan ceramahnya dengan cukup berkesan. Semua jemaah menumpukan perhatian.

"Esok kita puasa lagi. Kita jemaah lagi solat terawih. Ertinya kita perbaharui lagi rekod ibadah kita. Kan Islam itu macam ini. hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini." Lancar kata-kata yang disusun oleh Ustaz Azhar. Semua jemaah tersenyum. Ada yang mengangguk. Ada yang menunduk memandang lantai.

"Solat ni, tuan-tuan dan puan-puan hebat. Zaman Rasullallah mana ada gimnasium. Tapi perang mesti menang. Sebabnya solat. Solat ni macam exersice. Makin banyak solat, kita jadi makin cerdas." Ustaz Azhar menambah. Semua khusuk dan menanti ceramah Ustaz Azhar seterusnya. Bila Ustaz Azhar diam, semua memandang ke muka Ustaz muda itu.

"Allah amat suka pada golongan yang mendirikan solat pada awal waktu. Jam 4.30 petang, bunyi Allahu Akbar" Ustaz Azhar mengemukakan contoh.

"Sembahyang Zohor. Ok la tu mesti Asar nanti nak buat tepat masanya. Eh..tak jugak. Bantai tidur dulu. Jam 7 baru buat Asar." Sambung Ustaz Azhar. Semua ketawa.

"Jangan amalkan camni. Buat yang fardu, buat awal waktu, hidup jadi syahdu, syurga jadi rindu." Siap berpantun Ustaz Azhar. Jemaah senyum. Kagum dengan kelancaran dan keindahan bahasa Ustaz Azhar.

Habis berceramah, Ustaz Azhar sambung dengan Solat Witir. Kemudian berdoa. Akhir sekali Ustaz Azhar mengucap dua kalimah syahadah. Malam kedua belas Ustaz Azhar tutup beramai-ramai dengan ungkapan berikut: Nawaitu sommanqaradin........ Semua jemaah turut berniat untuk puasa pada esoknya.

Jam 10.00 malam semuanya sudah selesai. Malam esok dalam hati setiap jemaah mengharapkan Ustaz Azhar akan terus mengimamkan solat di surau ini.

Bersambung..

No comments: