Search This Blog

Wednesday, October 24, 2012

AES: Mengupas Kebenaran 3


Kenapa perlu kecoh?
Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia." Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.
Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.
Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.
Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?
Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.
Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.
Muhammad Shaahidullah Shayaa pernah menjadi setiausaha sulit kepada CEO Pemandu Idris Jala. Beliau kini sedang bercuti sabatikal.

No comments: