Search This Blog

Monday, October 29, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN : APA SEBENARNYA?


  1. Saya amat tertarik dengan ceramah Tun Mahathir pada minggu lalu di PICC. Banyak yang dikupas oleh Tun dengan jelas dan terperinci. Selama 22 tahun, Tun menjadi PM di Malaysia, pasti banyak keputusan yang perlu dibuat. Ada masanya keputusan tersebut menimbulkan kontroversi. Namun, semua keputusan yang dibuat berjaya membuahkan hasil pada masa sekarang.
  2. Kita lihat sahaja Menara Berkembar, Putrajaya, KLIA, Jambatan Pulau Pinang, malah apa sahaja. Semuanya membuahkan hasil. Saya amat kagum apabila Tun menyenaraikan semua buku yang beliau baca. Antaranya Sejarah Amerika Selatan, Sejarah Amerika, Eropah, dan puluhan buku tentang membentuk ketemadunan bangsa. Maka, Tun telah buktikan keputusan yang beliau buat tepat untuk negara, sekalipun kurang tepat untuk masa berkenaan.
  3. Yang menarik adalah syarat yang Tun gariskan untuk membuat keputusan. Membuat keputusan memerlukan pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan dan pengalaman memerlukan proses pembaharuan agar pengetahuan dan pengalaman sentiasa relevan dalam semua bentuk masa dan keadaan.
  4. Pengetahuan adalah informasi yang diketahui atau disadari oleh seseorang. Pengetahuan termasuk, tetapi tidak dibatasi pada deskripsi, hipotesis, konsep, teori,prinsip dan prosedur yang secara sinifikan adalah benar atau bergunaDalam pengertian lain, pengetahuan adalah berbagai gejala yang ditemui dan diperoleh manusia melalui pengamatan akal. Pengetahuan muncul ketika seseorang menggunakan akal budinya untuk mengenali benda atau kejadian tertentu yang belum pernah dilihat atau dirasakan sebelumnya. Pengetahuan adalah informasi yang telah dikombinasikan dengan pemahaman dan potensi untuk menindaki; yang lantas melekat di benak seseorang. Pada umumnya, pengetahuan memiliki kemampuan prediktif terhadap sesuatu sebagai hasil pengenalan atas suatu pola. Manakala informasi dan data sekedar berkemampuan untuk menginformasikan atau bahkan menimbulkan kebingungan, maka pengetahuan berkemampuan untuk mengarahkan tindakan. 
  5. Pengalaman ialah hasil persentuhan alam dengan pancaindra manusia. Berasal dari kata peng-alam-an. Pengalaman memungkinkan seseorang menjadi tahu dan hasil tahu ini kemudian disebut pengetahuanDalam dunia kerja istilah pengalaman juga digunakan untuk merujuk pada pengetahuan dan ketrampilan tentang sesuatu yang diperoleh lewat keterlibatan atau berkaitan dengannya selama periode tertentu. Secara umum, pengalaman menunjuk kepada mengetahui bagaimana atau pengetahuan prosedural, daripada pengetahuan profesionalPengetahuan yang berdasarkan pengalaman juga diketahui sebagai pengetahuan empirikal . Seorang dengan cukup banyak pengalaman di bidang tertentu dipanggil ahli.
  6. Ringkas pengetahuan dan pengalaman mempunyai similiriti. Sama namun hanya sedikit berbeza. Kedua-duanya amat diperlukan untuk membuat keputusan. Hanya untuk membuat keputusan. Maka, membuat keputusan adalah satu tugasan yang amat berat. Berat kerana tugasan ini menuntut pengetahuan dan pengalaman yang bukan sedikit. Tugasan ini bergantung kepada hairaki kita dalam sesebuah organisasi.
  7. Sebagai contoh, jika kita hanya seorang penjawat awam di gred 17 dan ke bawah, maka keputusan yang kita buat lebih kepada berasaskan keperluan kita sendiri. Hendak cepatkan kerja atau tidak. Namun, semakin tinggi kedudukan kita, semakin besar keputusan yang perlu dibuat. Untuk organisasi atau mungkin juga untuk negara.
  8. Maka, membuat keputusan hadir bersama pakej yang dikenali sebagai tanggungjawab. Orang yang bertanggungjawab adalah orang yang membuat keputusan dengan tepat dan padat. Orang yang kurang sedikit rasa tanggungjawabnya membuat keputusan yang kurang tepat. Namun, orang yang tidak langsung bertanggungjawab adalah orang yang melengah-lengahkan untuk membuat keputusan besar kerana takut pada tanggungjawab. 
  9. Jika dalah sesebuah organisasi semua entiti mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sesuai dan berketepatan dengan objektif organisasi, maka semua keputusan akan menjadi lancar. Hasilnya, negara akan mencapai apa yang diidamkan oleh rakyat. Sebaliknya, jika dalam organisasi hanya ada entiti yang lebih mencari alasan berbanding jawapan, maka organisasi tersebut sebenarnya tidak perlu mempunyai visi dan misi. Yang diperlukan adalah entiti yang betul.
  10. Keputusan, pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab. Empat (4) perkara yang ada pada semua penjawat awam. Hubungan antara semuanya adalah darab dan bukannya tambah. Dalam erti kata sebenar, jika salah satu menjadi sifar, maka semuanya akan menjadi sifar. ADIOSSSSS

5 comments:

Anonymous said...

tuan
tolonglah sambung cerita azira

Anonymous said...

saya berada dalam situasi azira

kami berdua mengakui hari minggu, hari raya yg bermula jumaat hingga ahad adalah saat paling menyiksakan jiwa

tuan seolah-olah mengalami situasi ini.kerana rasa yang tuan curahkan dalam kisah tuan dan azira sangat hampir, sangat mirip dan begitu mendalam di hati kami berdua. isteri dan suami orang.

bezanya kami bermula sebagai kawan di universiti. langsung terpisah berpuluh tahun. sebelum bertemu semula dan akur perasaan ini wujud sejak sekian lama

drzainal said...

Saya bercadang untuk bukukan semua cerita dalam blog ini selepas bersara. Insyaalah lagi 5 tahun. Mohon bersabar.

drzainal said...

Saya bercadang untuk bukukan semua cerita dalam blog ini selepas bersara. Insyaalah lagi 5 tahun. Mohon bersabar.

Anonymous said...

aduh
lambat lagi tu tuan

sambung yg mana ada ni tak boleh ke