Search This Blog

Sunday, November 4, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN: SATU FREKUENSI


  1. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya banyak membuat keputusan. Malah kita sebenarnya memulakan hari kita dengan membuat satu keputusan penting. Keputusannya ialah, 'bangun daripada tidur atau teruskan dengan mimpi yang indah'. 
  2. Kita terus-terusan membuat keputusan. Untuk mandi, mengambil sarapan di mana, memandu kereta mana, memilih jalan mana, dan pelbagai keputusan lain sehinggalah kita tiba di pejabat. Kita juga memilih waktu mana untuk kita bekerja. WP1, WP2 atau tiga. Kadang-kadang kita tidak memerlukan sebarang justifikasi untuk membuat keputusan. Kita hanya membuat keputusan kerana kita sedar tanpa keputusan hidup ini tidak dapat diteruskan.
  3. Di pejabat kita juga membuat keputusan. Darjah keputusan bergantung kepada kedudukan kita. Semakin tinggi gred kita, semakin sukar untuk kita membuat keputusan. Namun keputusan kita akan diyakini berdasarkan pangkat yang diberikan kepada kita. Dalam bahasa mudahnya, kita naik pangkat kerana pengurusan atasan yakin dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan. Maka, kita selalunya membuat keputusan segera ataupun penting.
  4. Paling rendah martabatnya kita akan bahagikan keputusan kepada empat kumpulan. Segera dan penting. Segera tetapi tidak penting. Tidak segera tetapi penting. Dan yang akhir sekali tidak segera dan tidak penting. 
  5. Paling rendah kualiti keputusan yang kita buat berdasarkan empat sudut pandang. Pertama, kelebihan isu. Kedua, kelemahan isu. Ketiga, peluang isu. Dan yang keempat, ancaman berasaskan isu. Maka, keputusan yang dibuat perlu melalui satu garis menyendang yang membahagi sama rata antara peluang dan ancaman serta kelemahan dan peluang.
  6. Ada juga keputusan yang kita buat kerana terpaksa. Menerima penempatan yang jauh di pedalaman hanya kerana kita naik pangkat. Yang memaksa adalah peluang naik pangkat. Jadi, kalau mahu naik pangkat, kita terpaksa berhijrah ke tempat baru.
  7. Ada juga keputusan yang dibuat tanpa sebab. Membeli kereta kedua atau mungkin ketiga. Kita beli hanya berdasarkan perkiraan mudah lebihan pendapatan kita tanpa mengukur keperluan kewangan masa hadapan. Namun kita beli hanya kerana kita gagal mengawal emosi yang bersifat materialistik.
  8. Ada juga keputusan yang pada peringkat awalnya dibuat secara terpaksa namun akhirnya menjadi satu keputusan yang rutin. Bersolat tepat pada masanya memerlukan paksaan di peringkat awal. Namun, apabila anda mengamalkan dalam masa satu bulan, anda akan jadi gelisah jika ada perkara yang menghalang anda melakukannya. Jika anda tidak percaya, anda perlu mencuba.
  9. Banyak keputusan yang kita buat menjadi salah pada masa akan datang. Sebagai contoh, kita membeli rumah kos sederhana di awal pekerjaan. Akhirnya, rumah tersebut menjadi sesak bila bilangan ahli keluarga kita bertambah. 
  10. Maka, untuk mengatasi keputusan lampau yang salah, kita perlu membuat keputusan semasa. Menjual rumah tersebut, dan menambah hutang untuk membeli rumah yang lebih selesa. Hanya satu cara untuk mengatasi keputusan yang salah, membuat semula keputusan. Jadi, jangan takut untuk membuat keputusan. Keputusan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Hanya manusia yang diberi hak oleh Pencipta untuk membuat keputusan. Jika begitu, mengapa kita bertangguh untuk membuat keputusan????ADIOS

No comments: