Search This Blog

Monday, November 19, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 10


  1. "Semuanya tindakan-tindakan itu bertolak daripada ulasan Nik Aziz berhubung doa yang dibaca oleh adiknya Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu. Adik Nik Aziz di dalam doanya menyebut dan memohon agar Allah menghancurkan Umno, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman dilakukannyaUmno cukup marah dengan patah-patah doa itu dianggap sebagai melampau. Umno merasakan Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, Namrud, Abu Jalal dan Abu Lahab. Umno sepatutnya tidak hairan kalau Nik Razi melabelkan watak dan karektor itu kepada mereka, kerana bekas presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan; saya adalah Mahafiraun. Umno juga kurang cerdik dalam melayan doa berkenaan. Silap bagi Umno memberi respons sebegitu sekali. Dalam hal ini yang paling silap dan celaka sekali ialah media massa, seperti TV3 yang memetik dan menyiarkan audio visual setiap malam. Kalau TV3 tidak carry berita berkenaan mungkin ia akan lenyap begitu saja dan Umno tidak menghadapi masalah dengannya. Tanggungjawab sosial dan agama stesen tv berkenaan boleh dipertikaikan. "(http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14657-serangan-umno-terhadap-nik-aziz-sia-sia-saja)
  2. Perkara (1) di atas dipetik daripada lidah rasmi PAS iaitu Harakah. Ada beberapa perkara yang boleh diulas. Pertama hubungan persaudaraan abang-adik dalam PAS ini memang ibarat isi dengan kuku. Abang sesat, adik pun akan sesat. Abang menjadi tuhan yang boleh mengkafirkan UMNO, adik pun akan menjadi tuhan yang boleh mengkafirkan Melayu. Maka, ada lah dua tuhan dalam parti tersebut. 
  3. Perkara kedua adalah doa tersebut memang dibaca dan tidak dinafikan. Jika UMNO sibuk mengarah semua umat Islam di Malaysia berdoa dan memohon keamanan di Palestin, PAS pula berdoa supaya UMNO dihancurkan Allah. Kelihatan seperti PAS tidak mahu Palestin menjadi aman. Dengan musnahnya UMNO, maka akan berkurang doa Islam di Malaysia kepada keamanan Palestin. Siapa sebenarnya ejen Yahudi? Yahudi selalunya mempergunakan orang yang kelihatan kuat beragama sebagai agennya. Awas. Jika kita sokong membuta tuli, kita sebenarnya menempa nama di neraka.
  4. Perkara ketiga adalah menyamakan UMNO dengan Firaun, Haman, Namrud, dan Abu Jahal. Firaun mengaku tuhan. Firaun boleh sewenangnya memurtadkan manusia yang ingkar kepadanya. Firaun tidak bina masjid. Firaun tidak mengaku keEsaan Allah. Firaun telah menetapkan siapa masuk syurga, dan siapa masuk neraka. Semua ciri tersebut ada pada siapa? Saya rasa doa tersebut ditujukan kepada parti sendiri! 
  5. Firaun, Haman, dan Namrud mempunyai ciri yang hampir sama. Saya tertarik dengan menyamakan UMNO dengan Abu Jahal. Rasullallah SAW tidak pernah memohon kepada Allah untuk memusnahkan Abu Jahal. Tidak pernah baginda memohon KO,KO,KO Abu Jahal Ya Allah! Baginda hanya memohon agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada Abu Jahal. Jadi, di mana sifat Rasullallah pada PAS? Mungkin tersembunyi dalam kopiah tinggi pemimpinnya yang mencecah syiling.
  6. Keempat adalah kemarahan PAS kepada TV3 kerana mendedahkan doa ini. Pada saya TV3 telah memainkan peranan dengan adil. Jika diyakini doa tersebut ikhlas maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Dedahlah. Biar satu dunia tahu UMNO = Firaun = Haman = Namrud = Abu Jahal. PAS yakin dengan doa tersebut. Ketakutan PAS hanya menunjukkan doa tersebut sebagai medan politik ambil kesempatan semata-mata. Jika, TV3 tidak dedahkan saya sendiri tidak tahu bahawa PAS mahu saya dimusnahkan dan PAS telah melabel saya murtad. Nasib baik ada TV3, boleh saya mengucap semula.
  7. Saya sendiri hairan, apakah maksud agama kepada PAS. Apakah maksud murtad kepada PAS. Lantas saya bertanya seorang Tuan Guru. Maka beliau menjawab, di alam barzakh, tidak akan ditanya.."Marabbukka, apa parti mu?" 
  8. Beliau menambah lagi, jika diteliti, apakah "kafir itu minta dilahirkan sebagai kafir, apakah babi dan anjing itu minta dilahirkan sebagai babi dan anjing?" Engkau carilah jawapannya sendiri.
  9. Saya bertanya lagi, apakah dakwaan UMNO itu murtad dan doa memusnahkan UMNO itu benar. Tuan Guru tersebut menjawab.."Allah tahu mana yang benar. Allah tahu yang mana untuk dimusnahkan. Kita boleh kata apa sahaja. Kita boleh doa apa sahaja. Yang melaksanakan Allah. Yang tahu maksud sebenar doa kita adalah kita sendiri. Jika kita mengenal Allah, kita akan lebih banyak diam dari berbicara." 
  10. Jawapan-jawapan orang sufi selalunya membuatkan saya semakin keliru. Namun saya percaya keputusan PRU13 nanti akan menjadi indikator penting untuk menunjukkan siapa yang sesat dan siapa yang benar. Saya amat percaya, kuasa memilih kita juga ditentukan oleh Allah. Cuma kita tidak pernah sedar. ADIOSSS

1 comment:

Anonymous said...

Dr. betul lah yang nik razi doakan tu. Selama ini UMNO mahu orang melayu bersatu. Kerana ada dua parti melayu maka melayu tidak bersatu. Jadi kalau UMNO hancur semua orang melayu masuk PAS maka bersatulah orang Melayu.