Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN: NIAT, PERANCANGAN, DAN TINDAKAN

Saya mahu pembaca blog ini membaca dan menghayati cerita di bawah dengan teliti. Cerita ini dikirimkan oleh rakan untuk tujuan lawak. Namun, pada saya cerita ini mempunyai kesan siknifikan ke atas impak niat dan cara membuat keputusan.

Setelah berkenalan selama hampir 2 minggu, Ustaz Razi berniat untuk mengubah penampilan wanita yang telah berjaya menawan hatinya, Putri. Menjadi kebetulan, pada minggu berikutnya adalah hari jadi Putri yang ke-21. Disebabkan Putri, tidak bertudung maka Ustaz Razi berniat untuk membuat kekasihnya bertudung. Ustaz Razi pun merancang untuk menghadiahkan Putri dengan sehelai tudung hitam.

Esoknya, Ustaz Razi mengajak adik perempuannya untuk membeli tudung di sebuah pusat membeli belah. Dalam masa yang sama, adik perempuannya juga membeli sehelai seluar dalam hitam. Ustaz Razi pula membeli sehelai tudung hitam untuk dihadiahkan kepada Putri dengan niatnya supaya selepas ini putri akan memakai tudung.

Selepas membayar di kaunter, kedua-dua barang tersebut telah tertukar. Tudung diambil oleh adik perempuan Ustaz Razi, sementara seluar dalam hitam kepada Ustaz Razi. Tanpa melihat, Ustaz Razi terus menghantar barang tersebut untuk dibungkus sebagai hadiah yang cantik. Setelah selesai, Ustaz Razi menulis panjang dengan niat yang tidak berubah. Putri akan dapat hadiah tersebut, dan mesejnya supaya Putri bertudung tercapai. Ustaz Razi menulis begini:

"Salam. Istimewa buat Putri. Saya beli hadiah ini kerana saya melihat Putri tidak pernah memakainya ketika berjalan-jalan keluar rumah dan selalu mengadu panas. Barang ini dipilih oleh adik saya, kalau saya pilih yang lagi jarang supaya Putri tidak berasa panas dan perpeluh sehingga hadiah ini lembab. Saya melihat ramai wanita sekarang memakai yang ada bunga di depan. Cantik dan ayu sekali. Saya memilih yang warna hitam kerana sukar nampak kotor. Promoter yang jual mengatakan, kalau dipakai seminggu terus pun masih ok walaupun tak dibasuh. Saya minta promoter tu cuba. MasaAllah, nampak sangat ayu. Terserlah sifat kewanitaannya. Saya rasa saiz promoter tu dan saiz Putri mesti sama. Tak sabar rasanya nak lihat Putri pakai dan tunjukkan pada saya hujung minggu ini. Pesanan ikhlas dari saya, kalau baru memakainya, walau ternampak rambut sedikit pun tidak mengapa."

Tulisan dan hadiah tersebut pun terus dihantar kepada Putri.Kalau anda Putri, apa perasaan anda?

Maka ini hubungannya.


  1. Niat sahaja sebenarnya tidak mencukupi. Niat perlukan perancangan. Perancangan pula memerlukan semakan demi semakan. Hanya perancangan yang baik, akan melaksanakan niat yang baik. Niat jika dilaksanakan tanpa perancangan rapi, akan menghilangkan maksud. Ada ketikanya, niat dan perbuatan tidak selari. Maka, niat sukar termakbul.
  2. ADIOSSSS

No comments: