Search This Blog

Tuesday, November 6, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN: PERATUS KESALAHAN


  1. Apa juga keputusan yang dibuat pada masa lalu akan menjadi 100% tidak tepat pada masa akan datang. Pengecualian hanya mengenai keputusan yang dibuat mengenai agama. Malangnya keputusan untuk masa hadapan tidak boleh dibuat pada masa sekarang. 
  2. Untuk membuat keputusan yang tidak akan berlaku berlaku kesalahan, pembuat keputusan perlu melihat objektif penting sesuatu aktiviti. Objektif adalah terminologi pengurusan barat. Dari sudut pengurusan Islam, objektif lebih dikenali sebagai niat. Selagi keputusan menjurus ke arah pencapaian objektif atau niat, maka keputusan tersebut adalah tidak salah.
  3. Objektif lebih terarah kepada pencapaian yang bersifat 'materialistic'  Objektif selalunya digariskan dalam bentuk kata kerja seperti 'meringkaskan', 'membentuk' dan sebagainya. Penentuan objektif selalunya menepati kehendak 'SMART' iaitu 'specific', 'measurable', 'applicable', 'reliable' dan 'time bound'. Melalui konsep 'SMART', jelas sekali objektif hanya terarah kepada pencapaian yang bersifat 'materialistic'. Sebarang agenda tersembunyi boleh disusun dicelah-celah kata kerja yang dipilih.
  4. Berbeza dengan niat. Niat selalunya bersifat 'SUCI' iaitu 'strategik', 'untuk semua', 'cerminan diri', dan 'ikhlas'. Melalui konsep 'SUCI', niat akan menggambarkan keseluruhan kerektor pembuat keputusan. Strategik menunjukkan sesuatu tugasan atau aktiviti mesti mementingkan 'maslahah' berbanding individual. Untuk semua menunjukkan keputusan yang dibuat mesti membawa kebaikkan kepada semua atau kepada kumpulan majoriti. Cerminan diri menunjukkan keperibadian orang yang mencadangkan keputusan. Ikhlas pula akan menjamin keputusan yang dibuat bebas dari kepentingan peribadi.
  5. Maka, keputusan yang dibuat berdasarkan niat bukan sahaja menepati kehendak material, namun turut mendapat 'keredaan'. Malah keputusan yang dibuat berdasarkan niat juga akan menjana kesejahteraan dan penyatuan setiap entiti dalam organisasi.
  6. Niat akan menyebabkan keputusan itu sendiri tidak menjadi begitu penting. Yang paling penting adalah 'cara keputusan itu dibuat'. Niat akan menjadikan cara membuat keputusan paling tepat, harmoni, dan demokrasi. Kebijaksanaan akan diatasi dengan cara yang paling bijak. Keegoan akan diatasi dengan cara yang paling halus. Segala halangan akan diatasi bersama. Ini akan menyebabkan keputusan yang dibuat akan menjadi tepat dan mendapat keredaanNya.
  7. Niat atau objektif hanya kaedah untuk membuat keputusan. Keputusan tidak akan pernah menjadi betul. Namun keputusan yang baik tidak pernah salah. Ketepatan sesuatu keputusan hanya dinilai berdasarkan kehendak semasa. 
  8. Organisasi akan menetapkan tempoh masa untuk mematuhi kehendak semasa. Individu juga begitu. Malah tempoh semasa untuk membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan teknologi sekarang menjadi bertambah pendek. 
  9. Dalam apa juga keadaan, keputusan adalah keperluan organisasi. Membuat keputusan bukanlah merupakan satu pilihan, sebaliknya merupakan satu kemestian. Pilihan yang wujud hanya dua. Pertama cara untuk membuat keputusan. Kedua, cara untuk meminda keputusan. Kedua-dua pilihan ini memerlukan keberanian.
  10. Hanya yang tahu sebenarnya-benarnya akan berani membuat keputusan. Tahu objektif. Tahu niat. Maka, keputusan akan dibuat dengan cara yang paling bijak. Keputusan tidak pernah salah. Yang salah dan yang paling salah adalah tidak membuat keputusan. ADIOSSS

No comments: